Teruja DS Siti Nyanyi Depan Mata, Lelaki Ini Gelabah Teruk Bila Dihulur Mic

Nama besar Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam dunia nyanyian tidak perlu dipertikaikan lagi. Bukan sahaja memiliki suara lunak, malahan peribadi lemah-lembutnya sering sahaja membuatkan peminat senang hati dengan personaliti ini. Baru-baru ini di Twitter juga, seorang lelaki telah berkongsikan moment ketika menyaksikan persembahan dari beliau. Namun begitu, apa yang dibuat oleh penyanyi ini telah mengejutkan dirinya.

Baca : [VIDEO] Persembahan Irama Melayu Jihan Muse Win Habis, DS Siti Pun Terhibur!

Video yang dikongsikan itu telah mendapat 18,000 retweets setakat ini.

Tengah syok tengok Tokti nyanyi…

Dalam video berkenaan, Dato’ Sri Siti sedang asyik mendendangkan lagu rayanya berjudul Sesuci Lebaran di atas pentas sambil disaksikan ramai penonton. Namun begitu, lelaki yang sibuk merakam persembahan ini terus terkesima apabila penyanyi itu tiba-tiba menghulurkan mikrofon kepada dirinya!

Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan merasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh lelaki ini.

Kalau aku pengsan dulu baru nyanyi

Aku tak expect ending dia macam tu

Kalau aku dah ketar lutut nak sambung

Sumber : Twitter Kroolnizam

Apa Komen Anda?