Teruja Jumpa Pokok Anggur Di Jepun Terus Kaut Pakai Mulut! Aliff Syukri Dikecam

Baru-baru ini, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida telah membawa keluarga besarnya bercuti ke negara Jepun beramai-ramai seperti yang diinginkan anak perempuan mereka, Qadejah. Seawal ketibaan mereka di negara matahari terbit itu, mereka telah  bersiar-siar di bandar Nara serta melawat ladang buah strawberry dan anggur untuk merasai pengalaman memetik buah-buahan tersebut dari pokoknya. 

BACA: Pergi Bazar Ramadan Pakai Kasut Harga RM2800, Dato’ Aliff Syukri Dilabel Riak!

Hampir suku kapal terbang ini kami booking

Hajat anak saya nak bercuti ke Jepun

 Mentang boleh petik sebanyak mana nak

Mereka begitu teruja melawat kawasan kampung di negara Jepun serta seronok merasai pengalaman memetik buah anggur di sebuah ladang. Perkara itu ada dikongsikan Dato’ Aliff Syukri menerusi sebuah video di Instagramnya. 

First time nampak pokok anggur 

Akibat terlalu teruja melihat buah anggur dari tumbuhannya buat pertama kali, Aliff Syukri terus memakan buahan tersebut dari pokoknya dengan mengaut menggunakan mulut. 

Perkara itu menjadi teguran ramai netizen yang menyifatkan tindakan seperti itu tidak elok ditunjukkan di depan rakyat Jepun yang terkenal dengan sifat yang pembersih dan sopan. 

Apa teruk noh makan anggur rupa gitu – Wak Doyok

Makan lah elok sikit.. dah macam kambing dah 

Kambing saya kat kampung makan lagi sopan

Pada netizen, setiap orang yang bercuti ke luar negara bukan sahaja membawa diri namun mereka turut membawa imej negara masing-masing untuk ditonjolkan pada masyarakat di negara itu. 

Kita bukan bawa badan je, tapi negara kita.. malulah

Jagalah adab sikit.. dahlah bawak nama Malaysia

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris

Apa Komen Anda?