Setiap tahun, sambutan hari ulang tahun kelahiran pasti akan dirai secara meriah bersama ahli keluarga. Adakalanya ia akan disambut secara kecil-kecilan di rumah ataupun secara terbuka di sesebuah premis. Tidak kiralah majlis siapa, mungkin kita juga akan bersama-sama tumpang gembira apabila melihat majlis itu berlangsung.
BACA: Anak Sambut Birthday Ke-10, Moment Suap Ibu Bapa Buta Pula Runtun Hati Ramai
Bila table sebelah sambut birthday, anak kau datang menyibuk mintak nak tiup lilin
Bagaimanapun, lain pula kisahnya seperti yang dikongsi oleh wanita ini apabila terserempak dengan sebuah keluarga yang menyambut birthday. Menerusi sorotan filavivy di laman TikTok, pada asalnya dia bersama family sedang menjamu selera di sebuah premis. Ketika melihat majlis itu, dia terkejut selepas anaknya secara spontan pergi ke meja mereka untuk meraikan bersama.
Bagus family diorang layankan si Vivy siap bagi kek kat kami…Alhamdulillah dikelilingi orang yang baik
Bagaimanapun, si ibu pula mula berasa terhibur selepas mengetahui tujuan cahaya matanya singgah ke sana adalah untuk meniup lilin kek itu. Siapa sangka, keluarga berkenaan pula turut melayan permintaan budak si kecil sambil menyalakan ia kembali. Lebih mengharukan, wanita tersebut sempat menerima beberapa potong kek selain bersyukur dirinya dikelilingi dengan orang yang baik-baik.
@filavivy bila table sebelah sambut birthday , anak kau dtg menyibuk mntak nak tiup lilin 🤣 … bgus family diorg layankan si vivy siap bg kek kt kami alhamdulillah dikelilingi org2 yg baik 🤲🏻🤲🏻
Comel je family tu, didikan yang baik dan anak pun tak dengki…siap tepuk tangan lagi
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut menzahirkan rasa teruja melihat sikap keluarga berkenaan yang sopan melayan budak kecil. Malah, ada juga yang memuji didikan mereka terhadap anak-anak supaya tidak kedekut untuk berkongsikan rezeki kepada orang lain.
Kredit: TikTok filavivy
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
