Viral Family Hiburan

Teruja Nak Renovate Segenap Sudut, Ramai Seram Lihat Banglo RM5 Juta Kak KM

Teruja Nak Renovate Segenap Sudut, Ramai Seram Lihat Banglo RM5 Juta Kak KM

Sebut sahaja Liana Rosli atau Kak KM, pasti ramai yang mengenali usahawan kecantikan ini. Walaupun penuh kontroversi, dia tidak pernah mengabaikan kebajikan emaknya sendiri iaitu Normah Damanhuri. Tiga bulan yang lalu, wanita berkenaan bersama adik-beradiknya sempat memberi kejutan dengan menghadiahkan sebiji rumah di Perlis kepada pelakon veteran itu.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Suprise banglo Kak KM

Baru-baru ini tular di media sosial, pengusaha terkenal tersebut mengucapkan rasa bersyukur kerana berjaya memiliki rumah idamannya yang berharga RM5 juta. Moment itu bertambah manis apabila seluruh keluarganya turut bersepakat menyediakan kejutan untuk usahawan berjaya berkenaan.

@sweetdara_stokiskmbeauty

♬ original sound – Lianarosli.sweetdara – Lianarosli.sweetdara

Nak buat ‘slide’ dekat swimming pool

Menerusi video yang dimuat naik oleh founder kecantikan itu, dia sudah bercadang untuk mula renovate banglo berkenaan. Kak KM serta suami berpeluang menunjukkan serba sedikit keadaan mahligai impiannya. Dalam pada itu, usahawan ini turut kedengaran sangat gembira untuk menambah gelongsor pada bahagian kolam renang di rumah tersebut.

@sweetdara_stokiskmbeauty

♬ original sound – Lianarosli.sweetdara – Lianarosli.sweetdara

Macam rumah berlakon cerita Monalisa laaa

Melihat video yang dimuat naik, ramai yang tumpang gembira dengan kejayaan pengusaha kecantikan tersebut dan ingin dijadikan sebagai inspirasi. Namun, ada juga yang menyifatkan rumah Kak KM itu seakan-akan mempunyai vibes seram seperti dalam cerita hantu.

Teruja Nak Renovate Segenap Sudut, Ramai Seram Lihat Banglo RM5 Juta Kak KM

Teruja Nak Renovate Segenap Sudut, Ramai Seram Lihat Banglo RM5 Juta Kak KM

Teruja Nak Renovate Segenap Sudut, Ramai Seram Lihat Banglo RM5 Juta Kak KM

 

Kredit: Portal Gempak dan TikTok Liana Rosli

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Teruja Nak Renovate Segenap Sudut, Ramai Seram Lihat Banglo RM5 Juta Kak KM

Facebook

Telegram