Viral

Teruja Sambut Anniversary, Izzue Harap Peminat Doakan Ada Rezeki ‘Anak PKP’

Teruja Sambut Anniversary, Izzue Harap Peminat Doakan Ada Rezeki ‘Anak PKP’

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam ada melayangkan dedikasi terindah buat permaisuri hatinya Awin Nurin bersempena ulang tahun perkahwinan yang ketujuh. Bukan itu sahaja,  2 Jun juga merupakan tarikh lahir Izzue dan menjadikannya sambutan berganda.

BACA : Yakin Perancangan Tuhan Soal Zuriat, Izzue Tak Mahu Menduakan Isteri

Kami selalu bergaduh & bertekak, acah-acah merajuk tak nak bersembang..

Menerusi entri Instagramnya, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam turut mendedahkan pengalaman manis sepanjang melayari alam rumah tangga. Lebih 11 tahun saling mengenali, Izzue mengakui perbalahan serta perselisihan faham yang berlaku merupakan asam garam dalam perkahwinan.

 

Sambutan tahun ini agak berbeza, hanya order & makan saja di rumah

Memetik laporan daripada portal Gempak, bekas ahli kumpulan Forteen ini berkata tahun ini sambutan hanya dibuat secara sederhana. Ini ini berikutan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membutuhkan mereka untuk kekal berada di rumah.

Teruja Sambut Anniversary, Izzue Harap Peminat Doakan Ada Rezeki ‘Anak PKP’Teruja Sambut Anniversary, Izzue Harap Peminat Doakan Ada Rezeki ‘Anak PKP’Teruja Sambut Anniversary, Izzue Harap Peminat Doakan Ada Rezeki ‘Anak PKP’

Doakan mana tahu kalau-kalau ada rezeki anak PKP..

Tambah Izzue, selalunya Awin akan membuat kejutan untuk hari lahirnya. Manakala dia pula akan membuat kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Walaupun tiada kejutan, namun Izzue tetap mahu mengingati ulang tahun perkahwinan ketujuhnya dengan sesuatu yang istimewa. Bagaimanapun, pelakon berusia 30 tahun ini turut berharap agar peminatnya sentiasa mendoakan kebahagiaan bersama isteri tersayang, selain dititipkan rezeki untuk memiliki zuriat sendiri.

Teruja Sambut Anniversary, Izzue Harap Peminat Doakan Ada Rezeki ‘Anak PKP’Teruja Sambut Anniversary, Izzue Harap Peminat Doakan Ada Rezeki ‘Anak PKP’

Teruja Sambut Anniversary, Izzue Harap Peminat Doakan Ada Rezeki ‘Anak PKP’

Sumber : Instagram izzueislam, Gempak

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Teruja Sambut Anniversary, Izzue Harap Peminat Doakan Ada Rezeki ‘Anak PKP’

Facebook

Telegram

Kasut