Artis Hiburan

“Teruk Ke Saya?” -Iqbal Payung Lagu Jiwang, Ramai Pula Puji Suara Dah Improve

“Teruk Ke Saya?” -Iqbal Payung Lagu Jiwang, Ramai Pula Puji Suara Dah Improve

Sepajang tahun ini, nama Ahmad Iqbal sering mendapat perhatian ramai deretan beberapa kontroversi mengaitkan dirinya. Lebih-lebih lagi ketika dia teruk dikritik mengenai penyertaan dalam program ‘Big Stage‘. Sejak dari itu, ramai mula menganggap bahawa usahawan tersebut tiada bakat dalam bidang nyanyian.

BACA: Nak Cuit Manja Tapi DSV Terus Tarik Tangan, Netizen Geram Dengan Perangai Iqbal

Teruk sangat ke saya menyanyi? Saya sedar saya tidak layak tapi saya jenis yang suka belajar

Terbaharu, selebriti berkenaan sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memuat naik video test vokal di laman TikTok. Menerusi sorotan itu, dia dengan santai mendendangkan lagu jiwang berjudul ‘Bila Cinta Didusta’. Bagaimanapun, perkongsian tersebut seakan-akan ingin meluah perasaan mengenai kecaman yang diterima selama ini. Jelasnya, dia hanyalah insan yang mahu belajar selain sempat bertanya pendapat mengenai ‘suara baharu’ ini.

@ahmadiqbalzulkefli

TERUK SANGATKAH SAYA MENYANYI? Saya sedar saya tidak layak menyanyi. Tetapi saya jenis yang suka belajar. Sejujurnya, adakah terlalu teruk apabila dengar saya menyanyi kali ni?

♬ original sound – Iqbal Zulkefli – Iqbal Zulkefli

Jika tiba-tiba ada peluang di hadapan, saya ambil…kalau kalah saya keluar

Selain itu, terdapat juga netizen yang menyarankan agar penyanyi itu menumpukan perhatian pada business sahaja. Katanya, dia hanya menyertai bidang nyanyian jika diberikan peluang sahaja tanpa mengira soal menang. Dalam pada itu, Iqbal akui dirinya sentiasa bersikap rendah diri dan tidak pernah berputus asa jika menerima sebarang kritikan.

“Teruk Ke Saya?” -Iqbal Payung Lagu Jiwang, Ramai Pula Puji Suara Dah Improve

“Teruk Ke Saya?” -Iqbal Payung Lagu Jiwang, Ramai Pula Puji Suara Dah Improve

“Teruk Ke Saya?” -Iqbal Payung Lagu Jiwang, Ramai Pula Puji Suara Dah Improve

Dengan ikhlas hati kata memang sedap   dan wajah Iqbal pun menarik…kena asah sikit lagi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji suara Iqbal yang dilihat lebih baik berbanding dahulu. Malah, ada juga yang meminta agar dirinya terus berusaha untuk menjadi penyanyi yang hebat.

“Teruk Ke Saya?” -Iqbal Payung Lagu Jiwang, Ramai Pula Puji Suara Dah Improve

“Teruk Ke Saya?” -Iqbal Payung Lagu Jiwang, Ramai Pula Puji Suara Dah Improve

“Teruk Ke Saya?” -Iqbal Payung Lagu Jiwang, Ramai Pula Puji Suara Dah Improve

Kredit: TikTok Iqbal Zulkefli

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Teruk Ke Saya?” -Iqbal Payung Lagu Jiwang, Ramai Pula Puji Suara Dah Improve

Facebook

Telegram