Mencari wanita yang mampu bersusah-senang sejak awal perhubungan cinta memang sangat mencabar untuk lelaki zaman kini. Mana tidaknya, kebanyakan mereka lebih cenderung memilih jejaka yang sudah memiliki tahap kewangan kukuh. Hanya yang benar-benar setia sahaja mampu melalui liku itu sehingga ke jalan penamat. Namun bagi seorang individu ini, dia menyimpan kisah sebaliknya apabila teman istimewa yang dicintai memilih untuk berpaling tadah.
BACA : Usia 12 Tahun Dah Fikir Pasal Biasiswa, Jurutera Dedahkan Rahsia Kejayaannya
Ditinggal awek sebab cuma pakai motosikal…Padahal dengan motorlah saya cari rezeki
Melalui perkongsian daripada akaun TikTok @mulyarahman, dia sempat mengimbau kembali pengalaman duka saat ditinggalkan oleh teman wanitanya sendiri. Mula berkenalan melalui media sosial, keputusan untuk keluar bertemu janji ternyata membuatkan jodoh mereka terhenti di tengah jalan. Apabila mendapati lelaki itu sekadar memiliki motosikal dan bukannya kereta, wanita berkenaan tiba-tiba berubah hati. Situasi tersebut membuatkan Mulya rasa terhina dan mengakui sangat terguris walhal motornya sudah banyak berjasa dalam urusan mencari rezeki.
@mulyarahmann Cerita hidup …#DuetBarengOPPOA53 #lazada99 #fypシ #fyp #fypdoesntwork #fypppppppppppppp #fouryopage #masukfyp
♬ Kamu & Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda
Dulu dihina, kini berjaya raih kejayaan sendiri
Namun, hinaan itu dijadikan sebagai pembakar semangat sehingga dia berjanji untuknya bekerja lebih keras dan menggapai kebahagiaan di masa hadapan. Berkat tidak berputus asa, kini dia berjaya mengubah kehidupan sendiri kepada satu tahap yang lebih baik. Malahan dia sempat berterima kasih kerana hinaan dulu membentuk dirinya yang sekarang. Sudah memafkan perbuatan wanita tersebut, namun Mulya mengakui sukar melupakan segalanya.
![[VIDEO] Lelaki Kecewa Dihina Teman Wanita, Kena Tinggal Sebab Cuma Ada Motor Je 3 [VIDEO] Lelaki Kecewa Dihina Teman Wanita, Kena Tinggal Sebab Cuma Ada Motor Je](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/09/pnews.space-169fa56f866f4f202614ecd018bfe00d.jpg)
Sumber : TikTok mulyarahman
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura