Tiada Duit, Ibu Ini Pilih Tidur Di Lobi Dengan Anak-Anak Demi Jaga Suami Barah

Sebelum ini pernah tular di media sosial tentang seorang bapa yang sanggup menjual kereta jenama Toyota miliknya sebanyak RM8 ribu demi untuk menampung kos operation anak kecilnya. Kini tular pula tentang kasih sayang seorang isteri apabila dia dan dua anaknya sanggup bermalam di lobi hospitaI sejak dua minggu yang lalu demi suami tercintanya.

BACA: Kreatif! Cara Lelaki Ini Surprisekan Isterinya Sangat Unik, Bikin Kek ‘Parcel’

Terkejar-kejar jenguk keperluan suami, dan terburu-buru turun risaukan anak-anak…

Menurut perkongsian Sarimah di Facebook miliknya baru-baru ini, pada mulanya dia berasa agak pelik apabila ada seorang wanita yang sentiasa tercungap-cungap setiap kali tiba di bilik suaminya. Setelah ditanya, rupa-rupanya wanita itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan tidur di lobi hospitaI untuk menjaga suaminya.

Menurut laporan Sinar, si isteri yang dikenali sebagai Sarina Endut mengakui bahawa dia tidak mampu untuk menyewa mana-mana bilik di luar sana memandangkan kini dia sudah tidak lagi bekerja.

Sarina turut menceritakan pada hari pertama dia bermalam di sana, mereka anak beranak hanya tidur beralaskan kotak sahaja. Namun selepas itu terdapat beberapa individu yang kasihan melihat mereka, lalu memberikan selimut kepada mereka sekeluarga.

Kredit Foto: Sinar Harian

Walaupun penat, saya tak kisah…

Tambah Sarina lagi, salah seorang anaknya pernah mengadu takut untuk tidur pada waktu malam di lobi itu. Dek kerana melihat sendiri keperitan keluarga mereka, anaknya yang dikenali sebagai Nadiah itu berhasrat untuk menjadi seorang doktor bagi meringankan beban ibu bapanya di kemudian hari.

Selepas tularnya kisah ini di media sosial, pihak Hoshas Termerloh telah menyediakan sebuah bilik sementara yang boleh digunakan oleh keluarga ini sementara menunggu suaminya pindah ke HospitaI Selayang tidak lama lagi. Sarina turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi kongsikan kisahnya kepada orang ramai. Dalam pada itu bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan kepada keluarga ini, boleh membuat sumbangan ke akaun RHB (15604400985507) atas nama Sarina Binti Endut.

Sumber: Sinar Harian & FB Sarimah 

Apa Komen Anda?