Tidak Pernah Haid Seumur Hidup, Wanita Ini Dedah Pengalaman Hidup Tanpa Rahim!

Menyebut tentang Sindrome Mayer Rokitansky Kuster Hauster (MRKH), pastinya ia jarang didengari oleh kita semua. Namun siapa sangka, ia merupakan sejenis masalah kesihatan melibatkan wanita di mana sesiapa yang mempunyai masalah ini, mereka tidak mempunyai rahim mahupun laluan vagina. Oleh itu, seorang wanita bernama Wani Ardy yang juga Pengasas Kumpulan Sokongan MRKH Malaysia telah mendedahkan pengalamannya hidup sebagai penghidap sindrome MRKH ini. 

Baca : Kesihatan Terganggu, Netizen Speku Suami Beby Tora Terkena Buatan Orang!

Ketika masih berumur 17 tahun, Wani telah disahkan menghidap MRKH setelah tidak pernah didatangani haid walaupun sekali. Kata Wani lagi, penghidap sindrome ini bukan sahaja tidak berupaya untuk hamil, bahkan akan mengalami masalah pendengaran dan juga tulang.

Meskipun pahit, jiwa kentalnya terus menerima takdir yang diatur oleh Allah ini. Bercakap tentang satu pengalaman kurang enak, Wani ada mendedahkan bahawa sesetengah golongan lelaki gemar mendatangi wanita MRKH. Kononnya mahu dijadikan isteri, padahal lelaki seperti itu sekadar mahu melepaskan nafsu kerana penghidap MRKH tidak boleh hamil.

Lebih menyedihkan, dahulu teman lelaki dan bakal ibu mertua juga tidak menerima Wani yang menghidap sindrome MRKH ini. Kononnya tak nak menantu yang tak sihat! Dalam perkongsian pengalamannya, Wani sempat menitipkan pesan agar golongan wanita lebih berwaspada dengan sindrome MRKH ini.

MRKH hanya terjadi pada 1 dari 5000 wanita…

Sumber : Facebook Zayan

Apa Komen Anda?