Tiada Rumah, Hujan Panas 3 Beranak Ini Di Kaki Lima Hanya Alaskan Selimut Nipis

Sukar untuk dinafikan bahawa setiap antara kita pasti pernah diuji dengan pelbagai dugaan. Namun perlu diingatkan bahawa setiap ujian yang dititipkan Tuhan mampu membentuk diri kita agar menjadi insan lebih tabah dan bersyukur. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin begitulah yang dapat ditafsirkan mengenai nasib tiga beranak ini.

BACA : Dibuang Kerja Angkara Tipu MC, Lelaki Tak Putus Diuji Sampai Hilang Keluarga

Tak ada rumah, makan & pakaian harapkan pemberian orang

Menerusi satu posting dimuat naik oleh seorang wanita bernama Siti Raudhah Hadi di laman Facebooknya, dia berkongsi beberapa foto sebuah keluarga daif yang tinggal di kaki lima. Menurut Raudhah, dia sebelum ini kerap bertemu dengan keluarga serta anak-anak kecil ini. Kongsinya lagi, mereka dipercayai tidak mempunyai rumah untuk berlindung daripada hujan dan panas. Malah anak-beranak ini hanya menggunakan pakaian yang didermakan oleh orang ramai sebagai persalinan harian mereka.

Advertisement

Hanya beralaskan selimut nipis, tanpa tilam & bantal

Lebih meruntun jiwa adalah tatkala melihat anak-anak kecil ini tidur di lantai kaki lima yang hanya beralaskan selimut nipis tanpa tilam mahupun bantal. Kata wanita ini, awalnya dia kurang mempercayai dengan kisah keluarga ini berikutan pelbagai case penipuan mengenai taktik kotor golongan ‘parasit’ lain dalam mengambil kesempatan di atas kebaikan masyarakat. Namun segalanya terbukti selepas dia melihat sendiri penderitaan yang ditanggung oleh keluarga ini.

Advertisement

Rupa-rupanya ada lagi orang yang lagi susah dari kita

Dalam pada itu, posting tersebut turut dihujani dengan pelbagai komen sehingga meraih lebih dua ribu shares. Rata-rata meluahkan rasa sebak dan bersimpati dengan nasib malang yang menimpa tiga beranak ini. 

Advertisement

Sumber : Facebook Siti Raudhah Hadi

Advertisement

Apa Komen Anda?