Isu Semasa Viral

Tiba-Tiba Kena High Beam, Sekumpulan Wanita Gabra Diekori Rapat Kereta Lain

Tiba-Tiba Kena High Beam, Sekumpulan Wanita Gabra Diekori Rapat Kereta Lain

Sejak kebelakangan ini, kejadian gangguan atas jalan raya oleh individu tidak bermoral sering kali kita dengar. ‘Si pengacau’  bukan sahaja sengaja mengganggu ketenteraman pemandu lain di tempat sunyi, malah mereka juga sudah berani membuat perkara ini di jalan besar yang dipenuhi kenderaan lain.


BACA: [VIDEO] Keluar Malam Main Basikal, Tular Aksi Berani Gadis Sound Lelaki Gatal

Girls please be careful kalau drive seorang diri…Jangan lalu tempat sunyi and stop kereta

Sebuah video dimuat naik oleh Nur Faatihah Maisarah di akaun TikToknya merakamkan saat dia dan rakannya diekori oleh kereta yang tidak dikenali. Kejadian berkenaan berlaku di kawasan Jalan Kuching, Kuala Lumpur ketika mereka sedang melayan lagu sambil menikmati suasana malam pada hari itu. Menurutnya, kereta itu menyalakan high beam dan ‘mencucuk’ motokar sekumpulan wanita tersebut.


@nurfaatihahmaisarah

YANG LALU JALAN KUCHING PLEADE HATI HATI! KALAU KENA MACAMNI PLEASE JANGAN BERHENTI! ORANG KALAU NAK BUAT JAHAT DIA TAK FIKIR APA! #fyp

♬ original sound – NurFaatihahmaisarah – NurFaatihahmaisarah

Ada satu lori lalu tepi kereta…I terus cakap dengan abang tu tolong follow kami sebab ada kereta ikut

Faatihah ada memuat naik satu lagi video menceritakan hal sebenar. Gara-gara terlalu panik, dia meminta tolong dengan pemandu lori yang lalu di tempat kejadian. Dia juga menggunakan peluang yang ada menasihati netizen agar tidak melakukan perkara sedemikian kerana ia boleh mengancam keselamatan pemandu lain.


@nurfaatihahmaisarah

Reply to @nuriffahfasihah_ part 2 ❤️ Thank you so much semua yang prihatin 😭❤️ sorry i emosi pagi pagi ni #fyp

♬ original sound – NurFaatihahmaisarah – NurFaatihahmaisarah

Kalau jadi macam ni, waze balai polis terdekat…Terus pergi sana jangan balik terus

Sejak dikongsikan 4 hari lalu, rakaman tersebut meraih 1.2 juta jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengingatkan orang ramai agar tidak terus memberhentikan kereta sekiranya diganggu seperti itu, sebaliknya terus pergi ke balai polis berdekatan.

Tiba-Tiba Kena High Beam, Sekumpulan Wanita Gabra Diekori Rapat Kereta Lain

Tiba-Tiba Kena High Beam, Sekumpulan Wanita Gabra Diekori Rapat Kereta Lain Tiba-Tiba Kena High Beam, Sekumpulan Wanita Gabra Diekori Rapat Kereta Lain

Tiba-Tiba Kena High Beam, Sekumpulan Wanita Gabra Diekori Rapat Kereta Lain

Sumber: TikTok nurfaatihahmaisarah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tiba-Tiba Kena High Beam, Sekumpulan Wanita Gabra Diekori Rapat Kereta Lain

Facebook

Telegram