Inspirasi Cinta Family

Tiba-Tiba Paksa Berhenti, Terharu Adik OKU Berlari Alih Penyodok Tengah Jalan

Tiba-Tiba Paksa Berhenti, Terharu Adik OKU Berlari Alih Penyodok Tengah Jalan

Saling membantu antara satu sama lain adalah amalan yang amat digalakkan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi apabila pertolongan itu memberikan manfaat kepada ramai orang. Tidak kiralah sekecil manapun bantuan yang diberi, sudah pasti akan ada ganjarannya kelak.


BACA: Rindu Berpisah Walaupun Sehari, Adik Sanggup Hidup Bujang Demi Jaga Abang OKU

Alkisahnya hari ini adik saya tiba-tiba paksa saya berhenti tepi jalan

Persis juga seperti kelakuan seorang insan OKU ini yang tidak mengira isu keselamatan diri, namun tetap membantu demi memudahkan orang lain. Menerusi perkongsian @etonbaha di laman TikTok, dia ketika itu sedang menaiki kereta bersama adiknya yang menghidap Down Syndrome. Namun, wanita itu sempat berasa hairan selepas secara tiba-tiba ‘dipaksa’ untuk berhenti di tepi jalan.

Tiba-Tiba Paksa Berhenti, Terharu Adik OKU Berlari Alih Penyodok Tengah Jalan

Rupanya dia nak alihkan penyodok sampah yang mengganggu jalan raya

Bagaimanapun, hatinya mula tersentuh apabila melihat lelaki tersebut rupanya ingin mengalihkan penyodok yang berada di tengah jalan raya. Berdasarkan sorotan itu, dia bergegas lari untuk mengutip objek tersebut sebelum membuangnya ke kawasan lain. Sebaik masuk ke dalam kereta, remaja berkenaan terus menerima pujian daripada kakaknya.


@etonbaha

Adik syurga aku #downsindrome #esekeli #xyzbca #fyp #tiktokmalaysia #siblings

♬ original sound – etonbaha – etonbaha

Tahniah, tahap prihatin adik lebih daripada yang normal…hati tersentuh bila nampak anak syurga ni

Secara keseluruhan, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 700 ribu views. Netizen pada ruangan komen pula tidak henti-henti memuji sifat baik yang dilakukan oleh anak syurga berkenaan. Malah, perilakunya turut memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan kebaikan.


Tiba-Tiba Paksa Berhenti, Terharu Adik OKU Berlari Alih Penyodok Tengah Jalan

Tiba-Tiba Paksa Berhenti, Terharu Adik OKU Berlari Alih Penyodok Tengah Jalan

Tiba-Tiba Paksa Berhenti, Terharu Adik OKU Berlari Alih Penyodok Tengah Jalan

Tiba-Tiba Paksa Berhenti, Terharu Adik OKU Berlari Alih Penyodok Tengah Jalan

Kredit: TikTok etonbaha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tiba-Tiba Paksa Berhenti, Terharu Adik OKU Berlari Alih Penyodok Tengah Jalan

Facebook

Telegram