Antarabangsa Isu Semasa

Tidak Ambil Serius Tentang Penularan COVID-19, India Isytihar Darurat 3 Minggu

Tidak Ambil Serius Tentang Penularan COVID-19, India Isytihar Darurat 3 Minggu

Sharing is caring!

Semalam kerajaan India telah mengisytiharkan darurat penuh di seluruh negara selama 3 minggu. Walaupun sebelum itu beberapa kerajaan negeri telah melaksanakan lockdown di wilayah mereka, namun jumlah peningkatan kumulatif positif dilihat semakin meningkat saban hari. Menurut rekod daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sehingga kini negara tersebut mencatatkan kematian seramai 9 individu daripada 512 yang dijangkiti wabak COVID-19.

BACA : Rawat Penghidap COVID-19 Tanpa Sut PPE, Doktor Temui Ajal Kini Digelar Wira


Tidak Ambil Serius Tentang Penularan COVID-19, India Isytihar Darurat 3 Minggu
Gambar sekadar hiasan

Rakyat tak pandang serius

Menurut laporan Times of India, kebanyakan masyarakat di negara tersebut menganggap penularan koronavirus ini sebagai sesuatu perkara ‘biasa’ dan ada juga yang mengambil sikap ‘redha dengan apa yang jadi’. Majoriti yang tidak mengendahkan tentang virus ini adalah golongan veteran. Walaupun terdapat gerakan ‘anak muda’ yang cuba menasihati golongan tersebut, namun kedegilan mereka mengikut garis panduan pencegahan telah menyebabkan gerakan tersebut menyerah kalah.

Tidak Ambil Serius Tentang Penularan COVID-19, India Isytihar Darurat 3 Minggu
Gambar sekadar hiasan

Risau bekalan makanan putus

Selain itu, kebimbangan mengenai bekalan makanan sepanjang tempoh darurat itu turut dipersoalkan. Hal ini kerana kerajaan India telah menyekat pergerakan orang ramai selain dikenakan perintah berkurung. Walau bagaimanapun, beberapa sektor penting seperti farmasi, kedai runcit dan penghasilan makanan tetap berjalan seperti biasa sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, kumpulan pelajar dilaporkan akan terjejas teruk kerana segala penerbangan domestik telah dibatalkan. Ekoran itu, mereka dilihat akan terputus bekalan makanan memandangkan golongan tersebut kebanyakan datang daripada keluarga sederhana.


Tidak Ambil Serius Tentang Penularan COVID-19, India Isytihar Darurat 3 Minggu
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Astro Awani & Times of India


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tidak Ambil Serius Tentang Penularan COVID-19, India Isytihar Darurat 3 Minggu

Sharing is caring!