Isu Semasa

Lelaki Positif COVID-19 Lari Dari Kuarantin, Nekad Naik Bas Travel JB-Kuantan

Lelaki Positif COVID-19 Lari Dari Kuarantin, Nekad Naik Bas Travel JB-Kuantan

Sharing is caring!

Selepas pihak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak semalam sebagai langkah mengatasi penularan wabak COVID-19, namun masih terdapat ramai pihak tidak mematuhi arahan itu dan pulang ke kampung halaman. Oleh itu, beberapa lokasi telah menjadi tumpuan orang ramai seperti stesen pengangkutan awam dan balai-balai polis.

BACA: Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus


Lari daripada kuarantin diri

Namun tindakan seorang penumpang bas ekspress telah mencetuskan huru-hara kepada pelbagai pihak apabila disahkan positif COVID-19. Walaupun telah diarahkan untuk menjalani tempoh kuarantin setelah pemeriksaan kesihatan di Johor Bahru, tetapi dia nekad juga pulang menaiki bas dari Larkin Sentral ke Kuantan Terminal Sentral.

Lelaki Positif COVID-19 Lari Dari Kuarantin, Nekad Naik Bas Travel JB-Kuantan

Konon mahu pulang, tapi rupanya naik bas

Sementara menunggu keputusan ujian pemeriksaan dikeluarkan, pada masa itu lelaki terbabit sengaja cipta alasan untuk meminta pihak perubatan untuk membenarkannya pulang. Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, kejadian terbabit belaku pada 16 Mac yang membawa penumpang seramai 20 orang. Lelaki Positif COVID-19 Lari Dari Kuarantin, Nekad Naik Bas Travel JB-Kuantan


Semua penumpang diseru jalani pemeriksaan

Gara-gara itu juga, kesemua penumpang bas ekspress ‘Plusliner’ bernombor pendaftaran VDJ 2367 yang bertolak dari stesen Sentral Larkin pada 7.45 malam tarikh tersebut diseru supaya menjalani saringan kesihatan COVID-19 dengan kadar segera. Lantaran itu, pihak berkuasa merayu kepada semua rakyat agar tidak terus keluar daripada rumah ketika jangkitan wabak pandemik ini masih meningkat.

Lelaki Positif COVID-19 Lari Dari Kuarantin, Nekad Naik Bas Travel JB-Kuantan

Sumber :  FMT News  & Facebook Oh My Media 


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lelaki Positif COVID-19 Lari Dari Kuarantin, Nekad Naik Bas Travel JB-Kuantan

Sharing is caring!