Cinta Family

Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah

Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah

Sharing is caring!

Pada bulan ini, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian dua selebriti secara tiba-tiba. Selepas Allahyarham Abam Bocey, kini kita dikejutkan pula dengan pemergian Ashraf Sinclair. Terdahulu, Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira 4.15 pagi waktu Malaysia kerana mengalami heart attack. Ramai tidak menyangka selebriti yang baru berusia 40 tahun itu telah pergi buat selama-lamanya.

BACA: “Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam


Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak SudahBCL kelihatan sugul

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Susylawati Faizol telah berkongsi di postingnya sekeping gambar yang memaparkan keadaan Bunga Citra Lestari (BCL), isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair. Berdasarkan gambar itu, BCL kelihatan sugul dan tidak dapat menahan air matanya. Posting wanita ini telah meraih lebih daripada 8 ribu perkongsian setakat ini.

Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah Sayangi mereka ibarat hari terakhir bersama

Susylawati meluahkan bahawa dia tidak dapat membayangkan situasi apabila insan yang tersayang pergi menghadap Ilahi secara tiba-tiba. Berita pemergian Allahyarham Ashraf tersebut telah membuatkannya insaf kerana dia sering kali bermasam muka dengan suaminya. Wanita ini berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa menyayangi keluarga dan partner masing-masing, ibarat hari terakhir dapat bersama.


Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah

Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah

 

Selagi masih bernyawa, saya sentiasa menghargai awak

Rata-rata netizen mengucapkan takziah dan mendoakan agar Allahyarham Ashraf Sinclair ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Selain memahami akan perasaan kehilangan orang tersayang, mereka juga berpesan agar sayangilah keluarga masing-masing sebelum menyesal di kemudian hari.

Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah

Sumber: Susylawati Faizol


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah

Sharing is caring!