Viral

Tidur Bilik Adik Kerana Aircond Rosak,Abang Tak Lena Sebab Tema ‘Gegirl’ Sangat

Tidur Bilik Adik Kerana Aircond Rosak,Abang Tak Lena Sebab Tema ‘Gegirl’ Sangat

Sharing is caring!

Minat antara lelaki dan perempuan adalah berbeza. Sebagai contoh daripada segi pemilihan dekorasi bilik, lelaki biasanya akan lebih suka kepada warna yang lebih gelap dan maskulin. Manakala perempuan pula, rona yang lebih terang dan tema ‘gegirl’ pula yang menjadi pilihan. Walau bagaimanapun, ada juga gadis muda yang suka menggunakan dekorasi bilik bertemakan filem kegemaran mereka seperti adik kepada lelaki ini.

BACA: Excited First Time Merasa Aiskrim Kon, Reaksi Adik Comel Buat Ramai ‘Melting’


Tidur Bilik Adik Kerana Aircond Rosak,Abang Tak Lena Sebab Tema ‘Gegirl’ Sangat

Aircond sendiri rosak… Bila masuk bilik adik, feeling ‘gegirl’ sangat

Menerusi TikTok, lelaki Indonesia bernama Farhan Bashel mengambil keputusan untuk tidur dalam kamar adik perempuannya kerana aircond di biliknya sudah rosak. Akan tetapi, dia terkejut apabila melihat hampir kesemua barangan dalam ruang tidur adiknya itu bertemakan ‘Frozen’ sehinggakan di langsir pun ada wajah Elsa dan Anna iaitu watak utama dalam filem berkenaan. Selain itu, Farhan juga berasa kurang selesa apabila terlihat beberapa patung mainan yang disusun atas sebuah sofa di sebelah katil itu.

@farhanbashel

COBAAN…………🥴😂 #voiceover #voiceeffects #comedy #lucu #tiktokindonesia #fyp #xyzbca #meme

♬ original sound – Farhan Bashel – Farhan Bashel

Adik memang suka Elsa… Bila tutup langsir, bilik nampak macam dalam akuarium

Beberapa hari kemudian, Farhan bertemu dengan adiknya dan bertanya mengenai tema tersebut. Gadis berkenaan mengakui bahawa dia memang sukakan Elsa dan lebih mengejutkan lagi adalah apabila dia mengeluarkan patung-patung beberapa watak filem berkenaan yang dikumpul olehnya. Lebih melucukan lagi apabila ruang tidur tersebut kelihatan seperti akuarium apabila langsir ditutup.


@farhanbashel

Room Tour permintaan warga tiktok untuk warga Frozen 😂 #voiceeffects #lucu #frozen #lucuabis #comedy #tiktokindonesia #fyp #foryou

♬ original sound – Farhan Bashel – Farhan Bashel

Sumber: TikTok farhanbashel


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!