Kehidupan

Tidur Dalam Kereta & Mandi Di Stesen Pam Minyak, 7 Beranak Diusir Dari Rumah

Tidur Dalam Kereta & Mandi Di Stesen Pam Minyak, 7 Beranak Diusir Dari Rumah

Sharing is caring!

Menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun sedang melalui saat-saat getir dalam hidup, kebajikan setiap anak tetap dipastikan terjaga sentiasa. Ikuti kisah nasib sedih seorang wanita ini daripada Facebook Lembaga Zakat Selangor.

BACA: Nyaris Hilang Nyawa Kerana Anak Autisme Jerut Leher, Netizen Luah Rasa Simpati


Terpaksa tinggal dalam kereta & tumpang mandi di pam minyak

Seorang ibu muda yang berusia 3o tahun terpaksa tidur di dalam kereta bersama 6 orang cahaya matanya. Mereka tidak lagi memiliki tempat tinggal dan terpaksa menumpang mandi di sebuah stesen pam minyak. Setelah disiasat, masalah ini mula terjadi apabila wanita berkenaan sedang dalam proses untuk berpisah dengan suaminya yang sudah hampir 4 bulan tidak pulang ke rumah.

Tidur Dalam Kereta & Mandi Di Stesen Pam Minyak, 7 Beranak Diusir Dari Rumah

Tidur Dalam Kereta & Mandi Di Stesen Pam Minyak, 7 Beranak Diusir Dari Rumah

Tiada pekerjaan dan diusir keluar dari rumah

Sejak pelaksanaan PKP yang lalu, wanita ini tidak lagi memiliki pekerjaan dan pulang ke kampung halaman di Temerloh, Pahang. Namun sebaik sahaja dia kembali ke Selangor, ibu muda ini diusir keluar dari rumahnya oleh tuan rumah kerana tidak mampu untuk membayar sewa yang tertunggak.


Tidur Dalam Kereta & Mandi Di Stesen Pam Minyak, 7 Beranak Diusir Dari Rumah

Tidur Dalam Kereta & Mandi Di Stesen Pam Minyak, 7 Beranak Diusir Dari Rumah

Disyaki menghidap kanser dan dua orang anak mempunyai masalah kesihatan

Bagaikan jatuh menimpa tangga, wanita ini disyaki menghidap barah tetapi belum mendapat rawatan susulan kerana tidak mempunyai wang. Lebih menyedihkan lagi, 2 cahaya matanya turut mempunyai masalah kesihatan seperti ketumbuhan di leher dan jantung berlubang.

Tidur Dalam Kereta & Mandi Di Stesen Pam Minyak, 7 Beranak Diusir Dari Rumah

Sumber: FB Lembaga Zakat Selangor


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!