‘Tiga Kali Lalu Stroller Tu Masih Kat Situ, Risau Orang Bawak Lari Jadi Aku..’

Isu pencuIikan kanak-kanak di Malaysia pada hari ini boleh disifatkan sebagai tinggi. Menurut laporan yang dibuat oleh PoIis Diraja Malaysia pada Jun lalu, seramai 831 orang kanak-kanak dan remaja dilaporkan hilang di seluruh negara sejak tahun 2010. Sebalik hakikat yang mendukacitakan ini, masih ada lagi sesetengah ibu bapa yang bersikap sambil lewa dan seperti tidak kisah jika anak mereka menjadi sasaran pencuIikan yang seterusnya.

BACA: Bila Dah Ada Anak Perempuan, Baru Tau Susahnya Nak Jadi Seorang Bapak!

Gambar sekadar hiasan

Itulah yang boleh disimpulkan dengan sebuah cerita yang dikongsikan seorang wanita ini di Facebook beberapa hari lalu. Ketika itu, dia sedang berkunjung ke sebuah pasaraya dan tanpa diduga terlihat sebuah stroller bayi yang ditinggalkan di satu lorong barangan dapur. 

Tak ada siapa yang ambik.. risau orang lain bawak lari

Lebih memeranjatkan, terdapat seorang bayi yang sedang tidur di dalamnya dan juga sebuah beg tangan tergantung elok di stroller itu. Tidak terus melatah apabila terlihatnya, wanita bernama Isnani ini kemudiannya berpusing-pusing di sekitar lorong berkenaan bagi mencari kelibat keluarganya. Selepas pencarian tersebut tidak berhasil, akhirnya wanita ini dan anak lelakinya menunggu di situ bagi memastikan stroller tersebut tidak diambil oleh mana-mana pihak yang tak bertanggungjawab. 

Kakak dia ambil, tapi tak ucap apa-apa pun

Memandangkan pasaraya akan ditutup lebih kurang 10 minit lagi, akhirnya wanita ini meminta tolong pekerja di situ untuk membuat pengumuman anak hilang. Namun belum sempat bayi itu dihantar ke kaunter seorang remaja perempuan telah menghampiri pekerja yang sedang menolaknya lalu terus mengambil stroller itu dan berlalu pergi tanpa sebarang ucapan baik. 

Sumber: FB Nurul Isnani Jamee

Apa Komen Anda?