Tinggal Beberapa Hari Lagi Nak Raya, Zuriehan Sah Berpisah Dengan Chef Fikree!

Sejak beberapa hari yang lalu, masyarakat di Malaysia telah dikejutkan sekali lagi dengan berita tentang seorang selebriti lelaki yang sanggup bermain kayu tiga di belakang pengetahuan isterinya, Berita tersebut mula tersebar apabila Sharifah Zuriehan meluahkan rasa sedih apabila suaminya, Chef Fikree ‘kantoi’ sedang bermadu asmara dengan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada 3 orang anak. Namun begitu, chef selebriti tersebut hanya mendiamkan sahaja tentang isu ini. 

BACA: Chef Fikree Berdiam, Isteri Pula Kecewa Dituduh Reka Cerita Palsu!

Namun menerusi posting terbaru yang dimuatnaik di Instagram pagi tadi, Zuriehan memberitahu yang kini dia sudah pun dilepaskan oleh bekas suaminya itu. Dia turut berteima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepadanya selain memohon doa agar dia dan anak, Jayden boleh menghadapi ujian ini.

Alhamdulillah…Fikree dah lepaskan saya

Posting itu terus dibanjiri dengan kata-kata semangat daripada netizen, selain reaksi sedih memandangkan hari lebaran bakal tiba tidak lama lagi.

Padahal lama dah buat kerja…berdoa banyak2 ye sis

Dekat2 raya Allah uji dengan berat sekali…moga terus kuat

Jika ini yang terbaik ada hikmahnya…sentiasa kuat untuk Jayden

Sumber: IG zuriehanbenyahya

Apa Komen Anda?