“Tinggal Nyawa-Nyawa Ikan..” – Hayat Amirul Juga Melayang Seperti Zulfarhan

Meskipun sudah hampir seminggu sejak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikeluarkan berkaitan dengan kejadian Allahyarham Zulfarhan, orang ramai rata-ratanya masih meluahkan perasaan marah dan kesal mereka menerusi laman media sosial terhadap semua pelaku dalam insiden tersebut. Sikap yang disifatkan langsung tidak berperikemanusiaan itu ternyata memberikan kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.

BACA: Disoal Apa Tindakan Lepas Terima Surat Layang, Ini Rupanya Respon Warden…

Dah tinggal nyawa-nyawa ikan…

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila terbongkar sebuah lagi kejadian yang sama dengan Allahyarham Zulfarhan di UPNM. Difahamkan turut ada pelajar lain yang teruk ‘dikerjakan’ oleh senior-senior mereka sehingga mengakibatkan maut.

Cuba sorokkan hal sebenar daripada keluarga…

Menurut perkongsian kakak kepada Allahyarham Amirul, sebelum ini adiknya ada menghantar foto keadaan badannya yang lebam di bahagian ulu hati dan dada kepada ahli keluarganya. Allahyarham Amirul juga memaklumkan bahawa turut ada pelajar lain yang mengalami lebam teruk di bahagian badan serta mengalami sesak nafas selepas dibelasah oleh 3 orang senior yang sama.

Mesej terakhir yang ditinggalkan oleh Allahyarham adalah ‘terima kasih ayah’ selepas ayahnya memberikan sejumlah wang¬† untuk Allahyarham buat pemeriksaan agar tiada sebarang kecederaan dalaman yang dialami oleh anaknya itu.

Allahyarham telah pergi…

Dua hari selepas itu, keluarga mereka dikejutkan dengan panggilan daripada pihak UPNM, dan memaklumkan bahawa Amirul sudah tiada. Tidak cukup dengan itu, pihak UPNM juga seakan-akan mendesak keluarga mereka untuk melakukan post mortem ke atas jasad Amirul.


Konon akan buang 3 orang senior tersebut…

Difamkan keluarga mereka sudah pun membuat laporan polis, namun masih tiada tindakan lanjut sehinggalah sekarang. Keluarga mereka juga sudah berjumpa dengan empat orang peguam, namun tiada seorang pun yang berani menolong keluarga tersebut kerana risikonya yang tinggi serta tidak mempunyai bukti yang kukuh. Sehingga kini, senior-senior tersebut masih berada di UPNM dan tiada apa-apa tindakan dikenakan kepada mereka.

Sumber: FB Norzulaikha Othman

Apa Komen Anda?