Keibubapaan

Tinggal Ovari Belah Kiri Je, Wanita Bersyukur Dapat Merasa Pengalaman Jadi Ibu

Tinggal Ovari Belah Kiri Je, Wanita Bersyukur Dapat Merasa Pengalaman Jadi Ibu

Sharing is caring!

Menjadi lumrah bagi setiap wanita untuk merasa pengalaman hamil dan memiliki zuriat sendiri. Oleh itu, sangat penting bagi mereka untuk menitikberatkan soal penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah kesihatan seperti ovarian cyst yang sangat digeruni oleh kebanyakan wanita di luar sana.


BACA: Wanita Tak Segan Akui Struggle Dapat Anak, Syukur Dapat Jadi Ibu Dengan IVF

Tanggung derita ada sebelah sahaja ovari gara-gara lewat kesan ketumbuhan

Menerusi group Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia, Puan Ain Nur Ainie telah berkongsi pengalaman menantikan kehadiran cahaya mata selama 3 tahun. Berbeza dengan wanita lain, dia hanya memiliki ovari sebelah kiri sahaja serta menghidap cyst pada masa yang sama. Perkara itu terjadi akibat dia terlewat mengesan sejenis ketumbuhan hingga menyebabkan ovari sebelah kanan dibuang.


Tinggal Ovari Belah Kiri Je, Wanita Bersyukur Dapat Merasa Pengalaman Jadi Ibu

Tinggal Ovari Belah Kiri Je, Wanita Bersyukur Dapat Merasa Pengalaman Jadi Ibu
Kredit Foto: Ain Nur Ainie

Tak sangka boleh survive…Sebelum bersalin siap boleh pergi kerja macam biasa

Puan Ain Nur Ainie turut mendedahkan bahawa proses bersalinnya tak menyakitkan langsung. Selain boleh pergi kerja seperti biasa, wanita tersebut juga siap boleh drive seorang diri sambil semasa mengalami contraction lagi. Justeru, dia sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bersalin secara normal meskipun diuji sedemikian rupa dan anak yang dilahirkan juga baik-baik saja.


Tinggal Ovari Belah Kiri Je, Wanita Bersyukur Dapat Merasa Pengalaman Jadi Ibu

Tinggal Ovari Belah Kiri Je, Wanita Bersyukur Dapat Merasa Pengalaman Jadi Ibu
Kredit Foto: Ain Nur Ainie

 

Sumber: Facebook Ain Nur Ainie, KELAB IBU MENGANDUNG MALAYSIA (KIMM) – OFFICIAL

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini