Tinggalkan Nota Minta Uruskan Rangka Reput, Lelaki Bongkar Kisah Misteri…

Sememangnya rumah banglo terbiar sering dikaitkan dengan benda mistik yang pastinya menimbulkan banyak kisah misteri. Biarpun sudah bertahun berlalu, rumah peninggalan ini tidak pernah berhenti menjadi buah mulut penduduk di sekitar kawasan tersebut. Terbaru, tular di media Twitter beberapa foto mengejutkan mengenai sebuah rumah kosong ini yang dimuat naik oleh seorang lelaki bernama @azrulnaim777.

BACA : Bilik On call Riuh Macam Pesta Keramaian, Doktor Dedah Kisah Seram Jam 2 Pagi

Tolong uruskan 1 rangka manusia reput dalam rumah tu

Kisah mengenai sebuah rumah terbiar milik seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Jumbri pernah menimbulkan spekulasi penduduk tempatan. Lebih mengejutkan lagi apabila salah seorang penduduk di sekitar situ menemukan satu nota yang ditinggalkan di peti surat sebuah surau berhampiran. Nota tersebut dipercayai ditinggalkan oleh seseorang dengan meminta menguruskan satu rangka manusia yang telah mereput di dalam rumah berkenaan.

Advertisement

Advertisement

3 hari macam tu terus keluar sebab tak tahan kena kacau

Menurut Azrul, rumah tersebut dahulunya didiami oleh dua orang penyewa sebelum masing-masing keluar berpindah kurang daripada seminggu walaupun bayaran bulanannya hanya RM50. Hal ini terjadi ekoran sering diganggu dengan pelbagai perkara mistik yang menyeramkan.

Advertisement

Mat Salleh pun blah, katanya ada setan

Tidak terhenti disitu, ia turut disewakan kepada seorang Mat Salleh bersama isterinya namun hanya bertahan selama dua hari selepas mereka turut mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut.

Advertisement

Sahih berita penemuan rangka tersebut

Manakala, menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Facebook telah mengesahkan penemuan rangka manusia mereput di dalam rumah berkenaan. Memetik daripada laporan itu, rangka tersebut telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Advertisement

Sumber : Twitter azrulnaim777, Facebook Pusat Khidmat Peduli Rakyat DNS Sungai Burong

Advertisement

Apa Komen Anda?