Setelah beberapa tahun pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya menunggu untuk timang cahaya mata kedua, akhirnya lahirlah Lila Amina pada Februari 2021. Namun kehadiran zuriat kedua ini ternyata cukup berbeza dengan kakaknya, Lara Alana terutama dari segi perlakuan. Malah boleh dikatakan kerap kali mendapat perhatian netizen.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Copy paste muka kakak
Terdahulu, sekitar bulan 2, pasangan ini menyambut hari kelahiran pertama si puteri bongsu. Baik Awal dan juga Scha sama-sama menitipkan ucapan paling manis buat anak mereka di Instagram. Apa yang menariknya, ramai pula sempat menegur wajah si kecil ini boleh dikatakan copy paste saja dengan kakaknya.
Halus permainan anak kedua ini
Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram milik Awal, telatah Lila yang berani panjat tangga tanpa pemantauan membuatkan netizen berasa sesak nafas. Walau bagaimanapun, kanak-kanak riang itu masih terus tersenyum dan ketawa dengan riang selepas melihat reaksi ayahnya tersebut yang terkejut melihatnya. Mereka juga yakin anak pengacara terkenal ini seperti emaknya yang lasak dan aktif.
She is braver than i am..
Meninjau ruangan komen, ramai mengatakan bahawa si cilik ini memang mewarisi sifat ibunya. Tambahan juga, netizen menyifatkan Lila sebagai seorang yang lasak serta tidak gayat akan ketinggian. Selain daripada itu, mereka turut berkongsi kenangan dan berharap bapanya akan lebih berwaspada selepas ini.
Kredit: Portal OhBulan
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
