Viral Cinta

“Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu..” -Lelaki Teruja Dapat Melamar Cara Unik

“Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu..” -Lelaki Teruja Dapat Melamar Cara Unik

Sharing is caring!

Melamar adalah antara moment yang terpenting sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Oleh sebab itu, setiap individu pasti berusaha menjadikan detik tersebut paling istimewa terutamanya kepada tersayang. Walaupun kini terdapat 1,001 cara kreatif untuk melamar, tapi tindakan seorang lelaki ini nyata sangat luar biasa.

BACA: Couple Tak Bererti Terikat, Wanita Berhak Cari Lelaki Berduit Untuk Berkahwin

Buat kejutan tawan gunung dan buah hati sekaligus

Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh Freddie Mangalis, dia cukup teruja kerana rancangannya untuk mengejutkan wanita tercinta ternyata telah berhasil. Apa yang menjadikan ia menarik adalah lamaran tersebut dibuat di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.


“Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu..” -Lelaki Teruja Dapat Melamar Cara Unik

Sempat hulur cincin waktu berhenti rehat seketika

Setelah mendaki dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut, jejaka berkenaan bertindak menghulurkan cincin sewaktu berhenti rehat seketika di puncak gunung tersebut. Kegembiraannya pula semakin bertambah apabila wanita pilihannya menerima lamaran tersebut dengan baik.

“Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu..” -Lelaki Teruja Dapat Melamar Cara Unik

Terima kasih ambik masa untuk buat semua ni walaupun saya rasa tak layak

Insan bertuah yang dikenali sebagai Bryclly itu turut meluahkan rasa terkejut dengan rancangan teman lelakinya itu. Luahnya lagi, dia pada waktu itu tidak dapat memberi reaksi yang berlebihan kerana masih dalam kepenatan setelah berjaya mendaki sehingga ke atas. Walau bagaimanapun, wanita tersebut mengakui dia tidak mempunyai tanggapan lain selain dari menerima proposal tersebut dengan hati yang terbuka.


“Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu..” -Lelaki Teruja Dapat Melamar Cara Unik

“Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu..” -Lelaki Teruja Dapat Melamar Cara Unik

“Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu..” -Lelaki Teruja Dapat Melamar Cara Unik

Sumber: Facebook Freddie Mangalis & Bryclly Anthony


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini