Family Inspirasi

Tak Mengalah Walaupun Dah 6 Kali Gugur, Wanita PCOS Syukur Rezeki Anak Sepasang

Tak Mengalah Walaupun Dah 6 Kali Gugur, Wanita PCOS Syukur Rezeki Anak Sepasang

Sharing is caring!

Sebut sahaja tentang keguguran, hati ibu mana yang tidak sedih apabila impian untuk menimang cahaya mata atau mendengar tawa tangis si manja hilang sekelip mata. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya terutama bagi suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah tangga. Walaupun pelbagai usaha rawatan moden atau tradisional dilakukan, namun sesungguhnya Allah saja mengetahui bilakah waktu terbaik dikurniakan anugerah zuriat.

BACA: Suami Isteri Menangis Gembira, 11 Tahun Kahwin Baru Dapat Tengok ‘Double Line’

Pernah gugur 6 kali

Samalah kisahnya dengan seorang wanita bernama Noorul Shafarina ini. Meskipun pernah mengandung 6 kali sejak berkahwin pada hujung 2010, namun setiap kali itu juga dia mengalami keguguran. Bercerita lebih lanjut kepada pihak Erin Sakura, Puan Shafa menyatakan dirinya adalah penghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) iaitu masalah kesihatan yang boleh menganggu kesuburan serta penampilan seseorang wanita.


Sejak zaman sekolah lagi saya alami kitaran period yang tak menentu. Lepas bernikah, period ada datang 3 bulan sekali tapi masa tu badan naik hampir 25kg. Saya sebenarnya pernah buat rawatan di HUKM masa mula-mula kahwin tapi saya lari sebab perit sangat. Sejak itu, setiap tahun bila terlepas tempoh period saya mesti keguguran. Mujurlah berlaku pada trimester pertama, janin baby tu macam belum sempurna lagi. Lepas kali ke-6, suami pujuk pergi HUKM semula untuk dapatkan pandangan doktor.

Tak Mengalah Walaupun Dah 6 Kali Gugur, Wanita PCOS Syukur Rezeki Anak Sepasang

Ramai orang ingat PCOS ni mandul. Sebenarnya bukan tak boleh mengandung, tapi kena usaha lebih. Antara masalah saya adalah senang digest gula, sebab tu ade simptom diabetes walaupun tak menghidapnya. Doktor minta kurangkan berat at least 10% dan saya pun amalkan clean diet. Lepas susut 13kg dalam masa 3 bulan, dengan izin Allah saya pregnant buat kali ke-7. Saya terus ke O&G HUKM untuk pakar monitor dan bagi ubat sampai minggu ke-28. Lepas tu disambung pula dengan injection kuatkan rahim sampailah hari bersalin.

Tak Mengalah Walaupun Dah 6 Kali Gugur, Wanita PCOS Syukur Rezeki Anak Sepasang

Maintain berat & diet…syukur dapat anak sepasang

Berkat usaha dan pengorbanan yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut, Puan Shafa akhirnya selamat menimang cahaya mata sulung pada 2018. Lebih indah lagi, dia turut disahkan hamil buat kali yang ke-8 kurang setahun selepas itu dan melahirkan anak lelaki pula pada bulan Ogos lalu. Dia turut menghargai jasa suami yang bertindak sebagai pendorong utama bagi merealisasikan impian bergelar seorang ibu.

Alhamdulilah saya berjaya melahirkan Shiffa Mikayla pada 7 Mac 2018. Saya maintain lagi berat badan dan cara pemakanan, 8 bulan lepas tu saya pregnant lagi menerusi kaedah rawatan yang sama hinggalah dapat Shaqeef Mikael pula. Walhal sebelum tu saya dah redha-serehanya kalau ini aturan Allah untuk keluarga kami. Mujurlah suami juga memang jenis 100% support. Setiap kali checkup saya tak pernah pergi sendiri. Biarlah 1,000 orang mencaci kita pun, asalkan suami faham dan sama-sama lalui dugaan ini.

Tak Mengalah Walaupun Dah 6 Kali Gugur, Wanita PCOS Syukur Rezeki Anak Sepasang

Tak Mengalah Walaupun Dah 6 Kali Gugur, Wanita PCOS Syukur Rezeki Anak Sepasang

Jangan bandingkan diri dengan orang lain…buat rawatan cepat


Dalam pada itu, guru berusia 36 tahun ini berharap semua wanita yang melalui dilema serupa agar jangan sesekali mengalah. Sebaliknya rujuklah kepada pakar dan lakukan rawatan dengan segera. Malah ketiadaan anak bukanlah bermaksud tidak boleh bahagia dalam mahligai rumah tangga. Puan Shafa sendiri menyatakan yang dia sempat berseronok dahulu sebelum menjaga dua zuriatnya kini.

Buat mereka yang ada masalah period tak tetap, saya sarankan buat rawatan sebelum terlewat. Paling penting sentiasa kuatkan semangat dan jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Perbanyakkan juga amalan yang Allah suka macam rajin bersedekah dan berbuat baik sesama insan. Kami tak pernah anggap lambat dapat anak ni halangan untuk bahagia. Setiap kali ada rezeki lebih kami akan enjoy pergi honeymoon. Walaupun usia sekarang boleh dikatakan agak lewat untuk jaga anak kecil, tapi saya seronok sebab muda dulu dah puas berjalan ke sana ke mari. Jadi sekarang masa untuk tengok anak-anak membesar depan mata saja.

Tak Mengalah Walaupun Dah 6 Kali Gugur, Wanita PCOS Syukur Rezeki Anak Sepasang

Tak Mengalah Walaupun Dah 6 Kali Gugur, Wanita PCOS Syukur Rezeki Anak Sepasang

Sumber: FB Shafa Razak


Sharing is caring!