Viral Cinta Hiburan

Tok Kadi Tepuk Dahi, Pengantin Lelaki Nervous Silap Sebut Mas Kahwin RM500 Juta

Tok Kadi Tepuk Dahi, Pengantin Lelaki Nervous Silap Sebut Mas Kahwin RM500 Juta

Detik-detik akad nikah pastilah yang ditunggu-tunggu oleh pasangan pengantin. Walaupun sudah melakukan persediaan beberapa bulan awal, perasaan gemuruh dan teruja mesti tidak dapat disembunyikan. Lebih-lebih lagi apabila menjadi tontonan seisi keluarga, pasti ada adegan yang tidak disangka berlaku.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Nervous akad nikah punya pasal sampai aku punya mas kahwin jadi RM500 juta tunai

Acap kali kita dengar kejadian di mana pengantin lelaki tersasul menyebut nama pasangan dengan panggilan lain ketika akad nikah. Namun, berbeza pula dengan individu ini yang tersalah sebut nilah mas kahwin untuk pihak perempuan. Disebalik reaksi yang kelihatan tenang, individu itu telah menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta.

Tok Kadi Tepuk Dahi, Pengantin Lelaki Nervous Silap Sebut Mas Kahwin RM500 Juta

 

“Astaghfirullahalazim” tepuk dahi Tok Kadi

Mendengarkan jumlah mas kahwin yang tiba-tiba bertukar tinggi membuatkan mereka terus menepuk dahi selain turut kedengaran tok kadi juga sempat beristighfar. Malah kejadian itu bertambah kelakar apabila lelaki tersebut seakan-akan tercengang dengan kesalahannya tersebut.

@msamdanial

NERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI 😂😂😂😂

♬ original sound – Sam Danial – Sam Danial

Harga buah pinggang pun tak sampai juta bang, mana dapat duit ni bang

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut mendengar amaun tersebut. Dalam pada itu, ramai yang sempat berseloroh kononnya individu tersebut memenangi loteri selain turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka. Secara keseluruhannya, klip video berdurasi 9 saat ini meraih lebih 28.7 ribu penonton.

Tok Kadi Tepuk Dahi, Pengantin Lelaki Nervous Silap Sebut Mas Kahwin RM500 Juta

Tok Kadi Tepuk Dahi, Pengantin Lelaki Nervous Silap Sebut Mas Kahwin RM500 Juta

Tok Kadi Tepuk Dahi, Pengantin Lelaki Nervous Silap Sebut Mas Kahwin RM500 Juta

Kredit: Portal OhMedia dan TikTok Sam Danial

 

 

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tok Kadi Tepuk Dahi, Pengantin Lelaki Nervous Silap Sebut Mas Kahwin RM500 Juta

Facebook

Telegram