Viral Artis rancangan tv

TokTi Nyanyi Sumbang & Rosakkan Lagu Sendiri, Netizen Puji Episod Paling Best

TokTi Nyanyi Sumbang & Rosakkan Lagu Sendiri, Netizen Puji Episod Paling Best

Sebagai penutup tayangan terakhir bagi rancangan ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim ke-5 semalam, penyanyi nombor 1 negara iaitu TokTi telah menjadi artis undangan. Dibantu oleh juri penyiasat lain, Dato’ Sri Siti Nurhaliza nampaknya berjaya menambahkan elemen kelucuan dari awal sehinggalah ke detik menyanyi dengan si penyamar.

BACA : [VIDEO] Saja Pancing Jep Suapkan Bubur, Watak Manja Nasha Aziz Dipuji Netizen

Tahniah bang, anda adalah penyanyi bersuara sumbang

Berupaya memperdaya semua orang di studio rakaman, lelaki bercermin mata bernama Mohamad Hairul Abdullah rupa-rupanya adalah penyamar bersuara sumbang sekali gus berpeluang membawa wang kemenangan bernilai RM3000. Di akhir persembahan, dia telah berduet dengan TokTi mendendangkan lagu berjudul ‘Siapa Tak Mahu’. 

Ini menyanyi ke rap?…Buat-buat sumbang pun merdu

Pertama kali dalam sejarah ‘ICSYVM’, TokTi selaku artis jemputan telah menyanyi dengan sumbang demi memenuhi permintaan panel penyiasat. Situasi itu semakin lucu dengan adanya gabungan suara sumbang daripada Hairul membuatkan mereka semua ketawa besar. Janna Nick dan Datuk Rosyam Nor juga terlihat mula mengeluarkan telefon bimbit mereka bagi merakamkan adegan lawak tersebut kerana benar-benar merasa terhibur.

Aku rasa rating episod ni paling tinggi dalam season 5…TokTi sporting

Menerusi ruangan komen, ramai netizen akui sangat berpuas hati dengan kemunculan TokTi. Tambah mereka lagi, penyanyi popular itu berjaya membuatkan episod malam tadi menjadi antara yang paling best bagi musim kali ini.

TokTi Nyanyi Sumbang & Rosakkan Lagu Sendiri, Netizen Puji Episod Paling Best

TokTi Nyanyi Sumbang & Rosakkan Lagu Sendiri, Netizen Puji Episod Paling Best

TokTi Nyanyi Sumbang & Rosakkan Lagu Sendiri, Netizen Puji Episod Paling Best

TokTi Nyanyi Sumbang & Rosakkan Lagu Sendiri, Netizen Puji Episod Paling Best

TokTi Nyanyi Sumbang & Rosakkan Lagu Sendiri, Netizen Puji Episod Paling Best

Kredit : IG TV3 Malaysia & YouTube TV3 Malaysia Official

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

TokTi Nyanyi Sumbang & Rosakkan Lagu Sendiri, Netizen Puji Episod Paling Best

Facebook

Telegram

herness