Viral Antarabangsa Kehidupan

Tolak Beri Sedekah Cara Sopan, Gadis Tahan Malu Kepalanya ‘Diketuk’ Pengemis

Tolak Beri Sedekah Cara Sopan, Gadis Tahan Malu Kepalanya ‘Diketuk’ Pengemis

Apabila didatangi seorang pengemis yang mengharap sedekah, rata-rata kita akan merasa kasihan dan bermurah hati memberikan wang atau makanan mengikut kemampuan masing-masing. Namun ada masa-masanya, kehadiran mereka akan ditolak secara baik dengan harapan supaya golongan peminta sedekah ini tidak merasa terhina atau kecil hati.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Tengah makan dekat warung pecel lele dengan kawa, gadis didatangi mak cik pengemis

Pun begitu bagi seorang gadis ini, dia berdepan situasi yang cukup membingungkan ketika didatangi seorang mak cik pengemis. Ketika itu, katanya dia dan seorang lagi kenalan sedang menjamu selera di sebuah warung makan. Secara kebetulan, mereka berdua rupanya membuat rakaman video ala-ala mukbang sebelum akhirnya tidak sengaja merekod sebuah insiden lucu.

Tolak Beri Sedekah Cara Sopan, Gadis Tahan Malu Kepalanya ‘Diketuk’ Pengemis

Pengemis tolak kepala lepas gagal dapat duit sedekah

Apabila melihat wanita separuh umur itu menghulurkan tangan, dia mula menolak permintaan itu secara baik. Mungkin kesal kerana gagal memperolehi wang sedekah, si pengemis lantas ‘mengetuk’ kepala gadis berkenaan sebelum berlalu pergi. Entah perlu marah atau sebaliknya, dia kelihatan terpinga-pinga sebelum diselangi gelak tawa pelanggan lain di sana.

Ini tandanya bukan semua pengemis layak dibantu…Salute dengan budak tu sebab tak terpancing emosi

Turut merasa geram dengan klip berkenaan, netizen menyifatkan sikap buruk sebegitu menjadi punca mengapa tidak semua pengemis perlu dilayan apabila mereka datang mendekati kita. Selain itu, mereka memuji kesabaran yang ditunjukkan oleh gadis berkenaan walaupun dia diaibkan sebegitu rupa.

Tolak Beri Sedekah Cara Sopan, Gadis Tahan Malu Kepalanya ‘Diketuk’ Pengemis

Tolak Beri Sedekah Cara Sopan, Gadis Tahan Malu Kepalanya ‘Diketuk’ Pengemis

Tolak Beri Sedekah Cara Sopan, Gadis Tahan Malu Kepalanya ‘Diketuk’ Pengemis

Kredit : YouTube surya TV

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tolak Beri Sedekah Cara Sopan, Gadis Tahan Malu Kepalanya ‘Diketuk’ Pengemis

Facebook

Telegram