Viral

Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru

Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru

Benarlah kata orang jika kita sentiasa membuat baik, maka pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Sebelum ini, tular seorang lelaki OKU bersama anaknya yang diberikan sedekah makanan ketika sedang berjalan di sebuah pekan. Walaupun dalam keadaan sebegitu, dia masih prihatin terhadap nasib orang lain yang lebih susah sekali gus menolak tawaran lebih.

BACA: Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi

Tolong semua…aku nak bagi kerusi roda

Selepas perkongsian itu menjadi tular, pemilik akaun Twitter bernama @amymedusaa meminta jasa baik orang ramai untuk menjejaki mereka. Gara-gara tidak sanggup melihat kesusahan yang dihadapi, dia berhajat untuk membantu ringankan beban 2 beranak tersebut.


Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru

Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru

Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru


Harap urusan mereka dipermudahkan…

Tanpa disangka-sangka, pemuda tersebut akhirnya dapat bersemuka dengan lelaki OKU berkenaan bersama anak lelakinya. Di samping menggantikan kerusi roda lama yang sudah sekian lama berbakti, Amy turut berharap sumbangannya sedikit sebanyak dapat memudahkan lagi urusan mereka sekeluarga pada masa akan datang.

Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru

Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru


Ramai juga nak bantu…harap dipermudahkan urusan

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 3 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan pertolongan yang dihulurkan pemuda itu. Selain ayah dan anak yang menjadi simbol inspirasi tersebut, mereka juga mendoakan pemuda ini agar dimurahkan rezeki atas jasa kebaikannya.

Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru

Sumber: Twitter _AZ69, @amymedusaa

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tolak Sedekah Prihatin Nasib Orang Lain, Bapa OKU Dihadiahkan Wheelchair Baru

Facebook

Telegram