Tolong Check Youtube History, Kartun Doraemon Pun Dah Tak Boleh Percaya Sangat!

Dalam dunia yang serba canggih ini, penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak kecil sudah menjadi satu perkara biasa. Malah kadangkala mereka lebih peka dan handal menggunakan gajet berbanding orang dewasa. Tidak seperti orang dewasa yang menggunakannya untuk tujuan berkerja dan bersosial, anak kecil pula menggunakan telefon untuk tujuan hiburan seperti bermain game dan menonton rancangan kartun. 

BACA: 2 Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta, Ibu Tenangkan Dengan Kartun Animasi

Gambar sekadar hiasan

Mungkin nampak seperti tidak memberi mudarat, namun ibu bapa atau penjaga seharusnya tidak leka membiarkan anak terlalu berseronok kerana penggunaan gajet boleh mendedahkan mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya dalam usia mereka yang masih kecil. 

Gambar sekadar hiasan

Seperti yang diceritakan seorang gadis ini, dia terjumpa carian yang tidak sepatutnya tentang kartun Doraemon di Youtube History. Apabila ditanya pada adik bongsu perempuannya, kanak-kanak itu tidak mengaku ada membuat carian video tersebut. 

Walaupun anak2 tengok Doraemon, tolong semak

Dia cakap tengok Doraemon je, tapi tak bukak benda macam tu

 

Rupanya cuma thumbnail je.. contentnya tak pun

Gambar sekadar hiasan

Gadis ini berpesan supaya semua ibu bapa dapat memantau aktiviti anak-anak di telefon bimbit dengan cara menyemak senarai History bagi mengelakkan mereka terus terdedah dengan pengaruh yang bukan-bukan. 

Kita tak tahu budak2 sekarang macam mana 

Sumber: Twitter iCharlous

Apa Komen Anda?