“Tolong Diam Masa Makeup!” – MUA Ini Ada Teguran Khas Buat Bakal Pengantin

Tampil jelita dan menawan di majlis pernikahan adalah impian yang diidamkan oleh kebanyakkan wanita. Mana taknya, hari tersebut merupakan detik terpenting dalam sejarah hidup seseorang. Oleh sebab itu, tidak hairan lah juga bahawa khidmat jurusolek atau make-up artist (MUA) sudah menjadi salah satu kemestian dalam senarai belanja perkahwinan meskipun mencecah ratusan atau ribuan ringgit.

BACA: “Dulu Pernah Kerja Kilang Ikan Bilis, Bayaran Sehari Dapat RM15 Je” -MUA Bellaz

Tolong diam & jangan terlalu ramai dalam bilik persalinan

Namun begitu, terdapat beberapa syarat dan persediaan yang perlu dipatuhi oleh seseorang pengantin ketika berurusan dengan jurusolek masing-masing. Hal ini kerana jika berlaku terlalu banyak gangguan, maka hasil make up itu juga tidak akan menjadi sempurna.Ikuti perkongsian yang pernah dibuat oleh MUA Cahaya Sakinah ini.

Bridesmaids tolong jangan over daripada pengantin

Meskipun terdapat banyak ‘pantang-larang’ yang perlu diambil kira, namun setiap kerjasama yang diberikan buat MUA akan jadi berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Dalam pada itu, murid kepada MUA terkenal iaitu Alha Alfa ini turut memberi peringatan kepada semua bridesmaids agar tidak tampil terlalu over atau menonjol. Sebaliknya, raikanlah pihak pengantin dengan memakai solekan yang berpada-pada dan membantu lebih dalam kelancaran majlis.

Sumber: FB Makeup Murah Mua Melaka, IG cahayasakinah_mua & Twitter FLjasmy

Apa Komen Anda?