Tolong Jaga Emosi Ibu Hamil Yang Senang Rapuh, Terutamanya Suami

Detik seorang wanita disahkan hamil merupakan antara saat paling terindah. Lebih-lebih lagi buat suami isteri yang memang sedang menunggu kehadiran cahaya mata sebagai penyeri. Walau bagaimanapun, proses kehamilan bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya buat si ibu yang harus bekerjasama bersama fizikal diri dan juga perang emosi. Oleh sebab itu, persekitaran yang positif adalah penting buat wanita mengandung. 

BACA: [VIDEO] Makanan Suami Pun Dibuat Harta Sendiri, Ragam Ibu Hamil Ni Lucu Habis

Emosi turun naik, mudah berubah mood

Advertisement

Kehamilan bukan mudah kerana terdapat pelbagai dugaan perlu dilalui si ibu sepanjang sembilan bulan membawa kandungan. Antaranya adalah mereka cenderung untuk mengalami gangguan emosi,  mood dalam keadaan tidak stabil sekali gus senang tertekan dengan isu-isu yang remeh. Menurut artikel Harian Metro, perkara berkenaan akan berterusan berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan. 

Suami perlu beri sokongan, bantu isteri

Advertisement

Namun, emosi ibu hamil juga bergantung kepada persekitaran. Ada yang tidak mengalami gangguan tersebut kerana sering dikelilingi orang yang sentiasa memberi kata-kata positif disaat fizikal mereka hampir lemah dalam menyesuaikan diri. Oleh sebab itu, peranan seorang suami amat penting pada waktu tersebut. Di samping sentiasa berada bersama isteri, cuba untuk ringankan kerja seharian mereka supaya tidak mudah keletihan agar emosi sentiasa berada dalam keadaan baik dan juga tenang. 

Advertisement

Sumber: Harian Metro dan Mingguan Wanita 

 

 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?