Viral

“Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam

“Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam

Sharing is caring!

Kehilangan insan tersayang seperti keluarga dan sahabat sudah pasti menjadi sesuatu yang amat sukar untuk diterima. Lebih-lebih lagi apabila mereka pergi secara mengejutkan. Pada 10 Februari iaitu semalam, kita telah dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak terkenal iaitu Allahyarham Abam Bocey. Berita ini sungguh tidak disangka terutamanya bagi keluarga serta sahabat karibnya iaitu Achey dan Fad.

BACA: “Sebak Kejap Aku” – Achey Tak Dapat Tahan Air Mata, Abah Nyanyi Madah Pujangga

Seolah-olah tahu akan pergi dulu

Terbaharu, Achey telah berkongsi sekeping gambar di Instagram miliknya memaparkan screenshot mengenai Allahyarham yang seperti tahu bahawa dia akan pergi dulu. Perkongsian yang meraih lebih dari 103 ribu tanda suka setakat ini telah membuatkan ramai netizen sebak gara-gara komen Allahyarham Abam Bocey itu.


“Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam

Tolong kebumikan aku tau?

 Terdahulu, Allahyarham Abam pernah memberitahu di ruangan komen posting milik Achey supaya dapat menguruskan jasadnya jika dia sudah pergi menghadap Ilahi suatu hari nanti. Gurauan itu dibuat sewaktu Achey memberikan ucapan ulang tahun kelahiran Abam di Instagram. Siapa dapat menyangka kata-kata yang kedengaran berseloroh itu telah menjadi kenyataan semalam.

“Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam

 

Buat Achey dan Fad, semoga kalian tabah

Posting yang dikongsikan selebriti itu telah membuatkan netizen merasa sebak. Ramai mengucapkan takziah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang beriman. Dalam pada itu, ada juga yang sedih dengan pemergian mengejutkan ini dan memberikan kata semangat kepada Achey dan Fad.


“Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam “Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam “Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam “Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam

Sumber: Instagram Achey


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam

Sharing is caring!