“Tolong Tarik Balik..”- Isteri Penat Tanggung Hutang, Suami Riang Berpeleseran

Umum sedia maklum bahawa penjawat awam agak mudah untuk memohon pinjaman daripada pihak bank. Tapi lain pula cerita kali ini, seorang pengguna Facebook, Eira Prislla berkongsi tentang kisahnya dalam menguruskan salah seorang pelanggan yang ingin membuat pembiayaan peribadi. Menurut dia, pelanggannya itu yang juga seorang jururawat telah datang ke bank tersebut bersama suaminya untuk memohon sebuah pinj4man peribadi. 

BACA: Bagi Nafkah Anak Cuma RM2, Ini Respon Peguam Buat Bapa Tak Bertanggungjawab

Selang 4 hari, isteri telefon untuk batalkan permohonan

Selang beberapa hari setelah mengunjungi premis bank tersebut, si isteri tiba-tiba menelefon kembali pegawai terlibat untuk membatalkan permohonan pinjaman peribadi itu dengan alasan dia tidak mahukannya. Namun sang suami masih lagi berusaha memohon untuk pinjaman tersebut diluluskan oleh pihak bank walaupun telah diberitahu akan pembatalan. 

Isteri cerita hal sebenar kenapa minta loan dibatalkan

Alkisahnya, si suami mahu pinjaman tersebut digunakan untuk membeli motosikal berkuasa tinggi yang berharga RM86 ribu. Namun begitu, dia tidak pernah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, malah pernah juga berpisah dengan si isteri sebelum dirujuk kembali.

Sewaktu mengadakan perjumpaan di luar premis bank di atas permintaan wanita tersebut, dia merayu agar permohonan pinjaman peribadi tersebut tidak diluluskan. Wanita itu sudah tidak sanggup bebanan hutang pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan seterusnya hendak ditambah hutang beli motor idaman suami. 

Gambar Sekadar Hiasan

Suami simpan perempuan lain, isteri merana

Sudahlah ditanggung isteri, si suami malah berskand4l dengan perempuan lain. Siap menggunakan nama isteri untuk kesenangan serta kepentingan diri sendiri. Pegawai bank tersebut telah bertindak untuk membatalkan permohonan serta merta setelah terlihat gambar profil lelaki tersebut di aplikasi WhatsApp yang jelas bermain cinta bersama perempuan lain. Isterinya juga telah menelefon pegawai itu untuk mengucapkan ucapan terima kasih dan ternyata sebak dengan situasi terbabit. 

Gambar Sekadar Hiasan

“Tak mampu buat cara tak mampu, usaha lah kasi mampu”

Rata-rata netizen menyelar tindakan sang suami yang dianggap tidak berguna. Malah ramai juga yang bersetuju dengan tindakan wanita tersebut untuk berkeras supaya permohonan tersebut tidak diluluskan bagi mengelak menanggung hutang pada masa akan datang. 

Sumber: Facebook Eira Prislla 

Apa Komen Anda?