Isu Semasa

Tragedi Bot Terbalik, Lelaki Meracau Bersalah Tak Dapat Selamatkan Kawan

Tragedi Bot Terbalik, Lelaki Meracau Bersalah Tak Dapat Selamatkan Kawan

Sharing is caring!

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi bot terbalik 2 hari lalu di Pasir Mas, Kelantan telah menyebabkan 5 individu terkorban dan 3 lagi masih tidak ditemui. Manakala, 12 individu telah berjaya menyelamatkan diri termasuklah seorang lelaki bernama Azhar Mat Nisah.

BACA: Penat Merayu, Isteri Sebak Keterujaan Suami Turun Laut Berakhir Tragedi Pilu


Trauma sampai meracau dan tak boleh bercakap dengan tenang

Memetik laporan Harian Metro, Azhar kini ditempatkan di sebuah pusat perubatan dan dalam pemantauan kerana mengalami trauma. Menurut isterinya iaitu Halifa Mohd Noor, lelaki berusia 48 tahun berkenaan tidak mampu untuk bercakap dengan tenang dan sering meracau.

Tragedi Bot Terbalik, Lelaki Meracau Bersalah Tak Dapat Selamatkan Kawan

Salahkan diri sebab tak dapat selamatkan kawan

Halifa meluahkan rasa sedih melihat keadaan suaminya setelah melalui tragedi hitam berkenaan. Hal ini kerana, Azhar sering terbayangkan kejadian pahit itu dan menyalahkan diri akibat tidak dapat selamatkan rakan-rakan yang lain. Selain tidak mampu untuk melelapkan mata dengan aman, lelaki terbabit juga perlu ditenangkan oleh isterinya setiap kali mengalami episod emosinya tak stabil.


Tragedi Bot Terbalik, Lelaki Meracau Bersalah Tak Dapat Selamatkan Kawan

Tragedi Bot Terbalik, Lelaki Meracau Bersalah Tak Dapat Selamatkan Kawan
Kredit Foto : Astro Awani

Semuanya berlaku dengan pantas dan ombak besar melanda bot mereka

Selain suaminya, anak mereka yang bernama Ikram juga terlibat dalam kejadian tersebut dan sedang menerima rawatan komplikasi paru-paru akibat terlalu banyak tertelan air masin. Mengulas lanjut mengenai tragedi itu, suaminya pernah memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku sangat pantas dan hanya menyedari bot sudah terbalik.

Tragedi Bot Terbalik, Lelaki Meracau Bersalah Tak Dapat Selamatkan Kawan

Tragedi Bot Terbalik, Lelaki Meracau Bersalah Tak Dapat Selamatkan Kawan
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!