Isu Semasa

Tragedi Ditarik Ombak Pantai Teluk Batik, Saksi Tampil Dedahkan Situasi Getir

Tragedi Ditarik Ombak Pantai Teluk Batik, Saksi Tampil Dedahkan Situasi Getir

Sharing is caring!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, ramai rakyat Malaysia mengambil kesempatan ini untuk bercuti. Pantai adalah antara destinasi yang popular bagi para pengunjung, tetapi keselamatan haruslah dijaga bagi mengelakkan tragedi yang berlaku kepada sekumpulan pemuda baru-baru ini.

BACA: “I Pergi Kejap Je Sayang..”- Gadis Luah Rindu, Hasrat Bertunang Tak Kesampaian


Dah beri bantuan pernafasan tetapi gagal diselamatkan

Setakat jam 6:09 petang semalam, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Manjung telah menerima laporan mengenai kejadian pemuda bernama S Emmanuel Raj ditarik ombak besar. Pemuda berkenaan disahkan tidak bernyawa pada jam 7:20pm walaupun telah diberikan bantuan pernafasan. Dalam pada itu, seorang rakannya pula iaitu R Vigneis tidak ditemui dan pihak keselamatan telah menjalankan operasi search and rescue (SAR) untuk mencari pemuda berkenaan.

Tragedi Ditarik Ombak Pantai Teluk Batik, Saksi Tampil Dedahkan Situasi Getir

Tragedi Ditarik Ombak Pantai Teluk Batik, Saksi Tampil Dedahkan Situasi Getir

“Ombak besar datang ketika sedang mandi” – rakan

Menurut salah seorang rakan mereka iaitu S Rishethirabalan, ombak besar melanda mereka ketika sedang mandi di pantai berkenaan. Lelaki berusia 22 tahun itu hanya sempat menyelamatkan seorang sahaja rakan mereka.


Tragedi Ditarik Ombak Pantai Teluk Batik, Saksi Tampil Dedahkan Situasi Getir

Tragedi Ditarik Ombak Pantai Teluk Batik, Saksi Tampil Dedahkan Situasi Getir

Kekurangan lifeguard di kawasan pantai berkenaan – saksi

Di ruangan komen Berita Harian Online pula, seorang netizen memaklumkan bahawa dia merupakan saksi kejadian tersebut. Menurut individu tersebut, antara faktor berlakunya tragedi ini adalah kerana kekurangan life guard di tempat terbabit. Selain itu, dia menasihatkan juga orang ramai untuk kekal berhati-hati bermandi-manda di kawasan pantai terutamanya pada waktu petang.

Tragedi Ditarik Ombak Pantai Teluk Batik, Saksi Tampil Dedahkan Situasi Getir

Tragedi Ditarik Ombak Pantai Teluk Batik, Saksi Tampil Dedahkan Situasi Getir

Sumber: FB Berita Harian Online, Daus Singlerider Lengchaiy


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!