Viral

Tragedi Gas Beracun, Gadis Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Tunang

Tragedi Gas Beracun, Gadis Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Tunang

Tragedi hidu kebocoran gas pada ekzos kenderaan yang melibatkan empat sekawan di Kedah benar-benar meruntun jiwa ramai orang. Dalam sekelip mata melayang tiga nyawa gadis yang masih berusia 20-an manakala seorang lagi masih kritikal dan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.


BACA: Rasa Tak Sedap Hati, Sanggup Pandu 30 KM Sebelum Jumpa Anak Tidak Sedar Diri

Patut langsung majlis perkahwinan Oktober ini bersama tunang

Menerusi laporan Berita Harian, Syarifah Fariesha Syed Fathi difahamkan tidak sempat untuk bernikah dengan tunangnya pada Oktober ini. Gadis berkenaan juga ada menyatakan perasaan teruja untuk mengadakan majlis dengan tema yang sangat cantik.

Tragedi Gas Beracun, Gadis Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Tunang

Sempat titip pesan minta tunang jaga diri dan minta izin untuk bercuti dengan rakan

Difahamkan sebelumnya, Fariesha  sempat berpesan kepada tunangnya supaya menjaga diri jika dia tiada kelak. Lelaki berkenaan yang bekerja di Sarawak turut dihubungi gadis berkenaan untuk meminta izin sebelum bercuti bersama rakan-rakannya.


  Tragedi Gas Beracun, Gadis Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Tunang


Tragedi Gas Beracun, Gadis Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Tunang

Akui Fariesha adalah seorang anak yang baik dan hormat orang tua

Menurut si ibu, Allahyarhamah adalah puteri tunggalnya dan mengakui dia seorang yang sangat baik dan menghormati orang tua. Malah sebelum kejadian juga, gadis berusia 21 tahun itu sempat mengucup tangannya sebelum berangkat keluar. Walaupun sangat sedih dengan kehilangan yang tidak disangka itu, wanita tersebut reda dan meminta semua orang untuk mendoakan kesejahteraan anak tunggalnya itu.

Tragedi Gas Beracun, Gadis Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Tunang

Tragedi Gas Beracun, Gadis Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Tunang

Tragedi Gas Beracun, Gadis Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Tunang

Sumber: Facebook Berita Harian 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tragedi Gas Beracun, Gadis Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Tunang

Facebook

Telegram