Tragedi Lepas Pulang Beraya, Bilik Pelajar UiTM Ini Diceroboh Monyet Rakus!

Di Malaysia, isu pencerobohan oleh haiwan liar seperti ular, monyet, biawak dan musang kerap berlaku terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan habitat semula jadi mereka. Antara punca mereka kerap muncul di kawasan premis atau rumah orang adalah sebagai tempat berteduh daripada cuaca panas dan mencari makanan seperti yang berlaku pada seorang pelajar UiTM Puncak Alam ini sekembalinya dia ke asrama selepas cuti raya pada minggu lepas.

BACA:Β Ibu Luah Geram Layanan Staf Masa Beli Baju Raya, Anak OKU Dihalau Macam Sampah!

Menurutnya, dia telah menguncikan semua tingkap dan pintu sebelum pulang ke kampung halaman. Namun peliknya, terdapat satu tingkap telah terbuka selepas dia masuk ke biliknya itu semalam.

Korang sepahkan bilik aku penat lah…nak kena kemas taik kau lagi

Tak ke menyirap…orang mood raya kau raya juga

Lebih mengecewakan, pelbagai barangan yang dimiliki olehnya turut rosak dan hilang gara-gara dicuri haiwan tersebut. Namun akhirnya gadis ini akur dengan nasib tersebut dan telah membersihkan biliknya.

Pil muscle dia curi…ubat gigi & toner kena gigit

Bra spender aku tak cukup…dia curi nak jual dekat pasar lambak ke?

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter oshaaayanggg

Apa Komen Anda?