Tips Kehidupan

Transaksi Paywave Disangka Mesej MKN, Wanita Terkejut Kad Debit Habis ‘Dijoli’

Transaksi Paywave Disangka Mesej MKN, Wanita Terkejut Kad Debit Habis ‘Dijoli’

Penggunaan kad debit sememangnya amat memudahkan urusan pihak pembeli dan penjual. Namun tidak dapat dinafikan, ia juga boleh menyebabkan si empunya kerugian wang simpanan dalam sekelip mata seperti cerita di bawah ini.


BACA: Tak Salah Bagi Isteri Pegang Kad Debit, Dalam Rezeki Suami Terselit Part Isteri

Kad aku tak ada tanpa aku sedar…Duit dalam akaun aku habis ‘dijoli’ cuma tinggal RM23 je, siap pergi kedai emas

Sebuah video dikongsikan oleh @lizashely87 tular di TikTok apabila dia menceritakan pengalaman kad debitnya hilang. Wanita berkenaan menyedari perkara tersebut apabila hampir semua duitnya digunakan oleh seseorang. Setelah diperiksa, Liza mendapati rupanya sebanyak 8 transaksi telah dilakukan termasuklah di sebuah kedai emas.


Transaksi Paywave Disangka Mesej MKN, Wanita Terkejut Kad Debit Habis ‘Dijoli’

Transaksi Paywave Disangka Mesej MKN, Wanita Terkejut Kad Debit Habis ‘Dijoli’
Gambar Sekadar Hiasan

Setiap transaksi aku tak alert dengan mesej yang masuk, ingat mesej MKN…Kalau boleh off paywave, guna pin je

Sebenarnya dia ada menerima mesej pemberitahuan mengenai aktiviti transaksi tetapi menganggap pesanan itu daripada MKN yang ingin mengingatkan rakyat tentang SOP kesihatan. Liza telah pun membuat laporan polis mengenai perkara ini. Justeru, dia sempat mengingatkan orang lain supaya menghadkan jumlah perbelanjaan kad masing-masing.


@lizashely

#keeprunning #tiktokmalaysia #masukberandafyp #fypppppppppppppppppppppp

♬ original sound – lizashely87 – lizashely87

Pakai pin je tak kesah lambat asal selamat…Terima kasih up video macam ni

Sejak dikongsikan 3 hari lalu, video berdurasi 3 minit ini telah meraih hampir 100 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengingatkan pengguna kad debit lain agar memilih pendekatan nombor pin kerana ia lebih selamat. Mereka juga menghargai perkongsian Liza yang memberi peringatan kepada orang lain itu.

Transaksi Paywave Disangka Mesej MKN, Wanita Terkejut Kad Debit Habis ‘Dijoli’

Transaksi Paywave Disangka Mesej MKN, Wanita Terkejut Kad Debit Habis ‘Dijoli’

Transaksi Paywave Disangka Mesej MKN, Wanita Terkejut Kad Debit Habis ‘Dijoli’

Transaksi Paywave Disangka Mesej MKN, Wanita Terkejut Kad Debit Habis ‘Dijoli’

Kredit: TikTok lizashely

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Transaksi Paywave Disangka Mesej MKN, Wanita Terkejut Kad Debit Habis ‘Dijoli’

Facebook

Telegram