Inspirasi Isu Semasa Viral

“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19

“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19

Sharing is caring!

Bagai tiada pengakhiran, demikianlah keadaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi penularan wabak virus korona ketika ini. Walaupun sudah berbulan dunia berdepan dengan impak tersebut, sehingga kini masih tiada penawar yang berjaya dihasilkan. Baru-baru ini, himpunan jemaah tabligh di Kuala Lumpur telah menjadi bualan hangat orang ramai apabila dikatakan menjadi punca peningkatan jumlah jangkitan di Malaysia. Keadaan tersebut menyebabkan seorang pendakwah bebas tampil meluahkan kekesalannya. 

BACA : WHO Isytihar COVID-19 Sebagai Pandemik, Apakah Langkah Yang Perlu Dilakukan?


 

Henti salahkan jemaah tabligh

Sambil memuat naik foto pelajar tahfiz di laman Facebook Ebit Lew, dia meminta orang ramai supaya berhenti menyalahkan jemaah tabligh. Pendakwah bebas itu memberitahu waktu ini merupakan masa untuk saling mendoakan agar terhindar dari jangkitan wabak berkenaan. Dia juga meminta sesiapa yang sedang dikuarantin ketika ini supaya tabah dan diberi kesembuhan segera.

“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19

“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19

Tahniah pada yang hadir buat pemeriksaan

Pendakwah bebas itu turut memanjatkan kesyukuran apabila hampir kesemua jemaah tabligh yang berhimpun baru-baru ini telah hadir membuat pemeriksaan. Sistem komunikasi yang baik antara mereka membuatkan maklumat yang ingin di sampaikan menjadi mudah dan cepat. Dia turut memberitahu pada awalnya jemaah tersebut tidak ke pusat rawatan kerana mendapat arahan untuk kuarantin diri di rumah bagi mereka yang tiada simptom wabak berkenaan.


“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19

 

“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Ubah gaya hidup dan bersatu hati

Pendakwah bebas itu turut meminta masyarakat supaya mengubah gaya hidup dan perbanyakkan ibadah kepada Tuhan. Dia juga meminta orang ramai untuk tidak perlu salah menyalahkan sesama sendiri sebaliknya bersatu hati kerana Allah. Hal ini kerana hanya Dia sahaja yang mampu untuk menghindarkan diri kita dari dijangkiti serta menghentikan penularan wabak tersebut. Selain itu, dia juga berpesan jangan kerana segelintir yang membuat kesilapan, habis semua sekali disalahkan.

“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19

Sumber : Facebook Ebit Lew


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Trump Pun Berdoa”- Ebit Lew Kesal Pihak Salahkan Jemaah Tabligh Punca COVID-19

Sharing is caring!