“Tu Bukan Rumah Kau..” – Guru Bagi Teguran Pedas Terhadap Budaya Study Di Kafe

Seakan-akan sudah menjadi trend pelajar masa kini yang gemar menjadikan kafe atau restoran makanan segera sebagai tempat untuk mengulang kaji pelajaran atau menyiapkan assignment. Lokasi sedemikian dipercayai mudah bagi mereka untuk berkumpul dengan rakan-rakan. Namun begitu kecoh baru-baru ini apabila seorang gadis dikatakan telah memarahi pengunjung restoran kanak-kanak kecil yang membuat bising sekali gus mengganggu fokus mereka.

BACA : Viral Cara Orang Perempuan Cedok Nasi, Tak Sangka Ramai Pula Yang Buat Hal Sama

Advertisement

Tak kisah kau pelajar, berkeluarga atau pengemis kalau ada duit boleh masuk

Rentetan daripada isu berkenaan, seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh terpaggil untuk memberi teguran pedas di laman Facebook miliknya. Jelasnya, isu ini tidak akan timbul jika masing-masing mengamalkan sikap bertolak ansur ketika berada di tempat awam. Hal ini kerana secara dasarnya, restoran adalah tempat untuk orang ramai menikmati hidangan masing-masing bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Gambar Sekadar Hiasan

Tak boleh expect tempat tu sunyi sepi

Tambahnya lagi, walaupun tidak ada peraturan yang melarang seseorang untuk mengulang kaji di sana namun mereka seharusnya lebih memahami dan bertimbang rasa dengan keadaan persekitaran. Malah menjadi kebiasaan apabila persekitaran restoran tersebut menjadi riuh dan bising terutamanya dengan kehadiran pengunjung kanak-kanak.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Tu bukan rumah kau, duduk berjam-jam orang pun benci tengok

Dia bagaimanapun mengakui tidak bersetuju jika restoran makanan segera dijadikan lokasi pelajar ‘berkampung’ untuk mengulang kaji pelajaran. Hal ini kerana tindakan mereka yang menggunakan meja makan untuk tujuan tersebut ada kalanya mengganggu pelanggan lain menjamu selera. Selain itu, dia juga memberi teguran bahawa jangan sesekali berlengah-lengah ketika makan dan segeralah beralih untuk memberi tempat supaya pelanggan lain terutamanya pada waktu kemuncak.

Advertisement

Anak muda sepatutnya lebih prihatin, nilai dalam diri semakin terhakis

Dalam pada itu, perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian ramai selain dihujani dengan pelbagai reaksi. Rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat diutarakan oleh guru berkenaan dan beranggapan sebagai pelajar, mereka perlu bijak dalam memilih tempat yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran.

Advertisement

Sumber : Facebook  Ina Firahza Azms, Mohd Fadli Salleh

Apa Komen Anda?