Viral

“Tu Namanya Bunting Pelamin”- Emma Maembong Hamil, Kongsi Foto Baby Bump

“Tu Namanya Bunting Pelamin”- Emma Maembong Hamil, Kongsi Foto Baby Bump

Ramai selebriti tanah air yang baru menimang cahaya mata atau umumkan tentang kehamilan masing-masing. Tidak ketinggalan, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail yang baru bergelar isteri pada 20 Februari lepas memaklumkan perkhabaran gembira.


BACA: “Muka Macam Cari Tali Gitar”- Rody Kristal Selamat Timang Anak Kedua

Mungkin ini honeymoon yang pertama dan terakhir berdua

Menerusi laman Instagram miliknya, Emma berkongsi foto baby bump ketika menikmati honeymoon yang tertangguh bersama suami iaitu Muhammad Shazli Azhar sekitar semalam. Pelakon drama ‘Projek Memikat Suami’ ini yang mengenakan dress putih itu memaklumkan bahawa mungkin inilah honeymoon pertama dan terakhir berdua kerana selepas ini suami isteri ini akan bertiga pula.


Dah rezeki Emma untuk bunting pelamin

Melalui Instagram sepupu kepada aktres berkenaan iaitu Wan Syahera Putri Aprena atau Aprena Manrose, dia juga menumpang gembira akan berita kehamilan Emma. Malah di ruangan komen entri tersebut, Wan Syahera menjawab keraguan netizen dengan mengatakan Emma sebenarnya bunting pelamin.


“Tu Namanya Bunting Pelamin”- Emma Maembong Hamil, Kongsi Foto Baby Bump

Macam nak dapat baby girl je

Selain itu, posting yang mendapat lebih 90 ribu tanda suka dalam masa sejam selepas dimuat naik itu dihujani ucapan tahniah oleh rakan artis dan netizen di ruangan komen. Ada juga di kalangan mereka yang berseloroh dan bagaikan menjangka akan berita kehamilan pelakon wanita ini.

“Tu Namanya Bunting Pelamin”- Emma Maembong Hamil, Kongsi Foto Baby Bump

“Tu Namanya Bunting Pelamin”- Emma Maembong Hamil, Kongsi Foto Baby Bump

“Tu Namanya Bunting Pelamin”- Emma Maembong Hamil, Kongsi Foto Baby Bump

“Tu Namanya Bunting Pelamin”- Emma Maembong Hamil, Kongsi Foto Baby Bump

Sumber: IG Emma Maembong, Wan Syahera Putri Aprena

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Tu Namanya Bunting Pelamin”- Emma Maembong Hamil, Kongsi Foto Baby Bump

Facebook

Telegram