Tuah Buat Muka Tebal, Lelaki Ini Buka Cerita Ngorat Bini Di FB Masa Hari Raya!

Setiap pas4ngan suami isteri pasti mempunyai cerita tersendiri tentang cara perkenalan mereka pada awalnya yang berakhir di jinjang pelamin. Ada yang berkahwin atas dasar suka sama suka, manakala ada juga yang berkahwin kerana aturan keluarga. Begitulah seperti apa yang diceritakan seorang lelaki ini di Twitter tentang kenangan sembilan tahun lalu ketika usahanya cuba menawan hati si isteri melalui media sosial.

BACA: Kahwin Sampai 4 Kali, Lelaki Hafiz Ini Dedah Realiti Hidup Dalam Broken Family!

Jangan malu sangat nak ngorat kalau dah suka 

Berikut adalah permulaan hubungan mereka apabila lelaki ini memberikan komen pujian pada gambar isterinya ketika hari raya dan meminta nombor telefonnya. 

Sangat cantik pic anda.. mintak nombor telefon sekali yea

Sebenarnya kenal wife dari form 1.. tapi tak pernah tegur

5 tahun lepas SPM, jumpa FB dia.. stalk dulu 

Start je sesi balas membalas komen berjaya.. dia dah on dengan kita

Sebenarnya perempuan tahu je kita nak ngorat dia 

Time tu bukan zaman WhatsApp, kami SMS je

Sebulan dua lepastu aku masuk merisik terus 

Malas nak bercinta bagai nak rak pastu tak jadi 

Menyifatkan niat untuk berkahwin sebagai satu yang mulia, lelaki ini tidak menafikan bahawa segala urusan dan persiapan perkahwinannya dipermudahkan. Malah duit kahwin juga sempat dikumpul dengan cukup pada waktu yang dianggarkan. 

Nak buat benda baik Allah mudahkan.. sekejap je dapat kumpul duit 

Bunga bukan sekuntum.. jangan buang masa suka orang yg tak suka kat kita 

Masa aku kahwin masuk majalah Remaja 

Kini setelah lapan tahun berkahwin, pas4ngan ini telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. 

Sumber: Twitter PuteraSemot, FB Ibnu Mas’ud

Apa Komen Anda?