Hiburan Viral

Tuan Siap Belikan Baru, Kucing Marah Tetap Nak Bantal Busuk Lama Yang Dah Barai

Tuan Siap Belikan Baru, Kucing Marah Tetap Nak Bantal Busuk Lama Yang Dah Barai

Majoriti pemilik bantal busuk biasalah mempunyai satu ketagihan pelik di mana mereka ‘pantang’ membasuh objek berkenaan kerana baunya tidak akan sama. Hatta sudah bertahun-tahun digunakan hingga sarungnya koyak rabak sekalipun, ia tidak semudahnya hendak diganti dengan yang baru. Namun siapa menduga, seekor kucing comel ini turut mempunyai tabiat yang seakan sama.

BACA : [VIDEO] Wanita Menangis Perginya Kucing Tersayang, Tiada Lagi Teman Suka Duka

Belikan bantal baru tapi kucing tak suka

Dalam perkongsian melalui TikTok sutthathipborisutsukamol, haiwan berkenaan terlihat marah apabila tuannya cuba memberikan sebiji bantal baru. Ia merupakan bantal jenis cushion plush bercorak patung Rilakuma berwarna coklat yang begitu comel dan gebu. Namun begitu, kucingnya seakan-akan menunjukkan tanda tak puas hati kerana bantal busuk lamanya akan dibuang selepas ini.

@sutthathipborisutsukamol

#misterrraustin เมื่อความสด ใหม่เปลี่ยนใจออสตินไม่ด้ายยยยย🐾😁🤣 เมียเก่าเท่านั้นที่เรารัก แม้จะแบนและบู้บี้ขนาดไหนก็ตาม #misterrrautin

♬ เสียงต้นฉบับ – Sutthathip Borisutsu – Sutthathip Borisutsu

Bantal busuk baru dah lunyai & banyak lubang

Tuannya bukanlah sengaja hendak menukar baru, sebaliknya bantal busuk lama milik kucing berkenaan sudah lunyai dan kelihatan kempis. Isi kekabunya juga tipis menghilang entah ke mana selain fabriknya yang sudah dipenuhi lubang kesan koyak.


@sutthathipborisutsukamol

#misterrraustin สภาพพพ…เมียหลวงของออสติน สู้ชีวิตมากกก🐾😁

♬ เสียงต้นฉบับ – Sutthathip Borisutsu – Sutthathip Borisutsu

@sutthathipborisutsukamol

#misterrraustin ดูหน้าก็รู้ววววว่าเต็มใจ🐾♥️🤣🤣บอกเขาไปสิว่าเรารักกัน #misterrraustin

♬ เสียงต้นฉบับ – Sutthathip Borisutsu – Sutthathip Borisutsu

Sampai terangkat-angkat dia menjawab…Cakap tu tak payah dengan badan-badan sekali

Melalui ruangan komen, netizen merasa sangat terhibur dengan gelagar nakal si bulus putih tersebut. Malahan, mereka berseloroh kucing ini begitu berani ‘menjawab’ perbualan dengan tuannya.

Tuan Siap Belikan Baru, Kucing Marah Tetap Nak Bantal Busuk Lama Yang Dah Barai


Tuan Siap Belikan Baru, Kucing Marah Tetap Nak Bantal Busuk Lama Yang Dah Barai

Tuan Siap Belikan Baru, Kucing Marah Tetap Nak Bantal Busuk Lama Yang Dah Barai


Kredit : TikTok sutthathipborisutsukamol & FB Hidayah Terbilang

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tuan Siap Belikan Baru, Kucing Marah Tetap Nak Bantal Busuk Lama Yang Dah Barai

Facebook

Telegram