“Tukar Lokasi Nikah 2 Kali”- Penjaga Gol Negara Berjaya Tawan Cinta Eyra Hazali

Penjaga gol skuad bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli telah selamat bergelar suami kepada cinta hatinya yang juga pelakon utama drama ‘Mr Grey’ iaitu Eyra Hazali. Kedua-duanya selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di sebuah lokasi bertempat di KLCC semalam. Mereka telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu  Hazali Ramli sambil disaksikan pegawai pendaftar.

BACA: 7 Tahun Perkenalan, Farah Nabilah Umum Bakal Kahwini Pilot Disember Nanti

Kredit CST Production

Pakai baju hasil jahitan ibu sendiri

Dalam majlis tersebut, pelakon berkenaan menerima mas kahwin sebanyak RM3,001  dari pihak lelaki bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan nilainya atas permintaan keluarga. Lebih menarik lagi, Eyra telah mengenakan persalinan hasil rekaannya sendiri yang dijahit oleh ibu kesayangannya, Qhuzie Johari. 

Kredit Berita Harian
Kredit Berita Harian

Berkali-kali tukar lokasi nikah

Menerusi artikel Berita Harian, pelakon tersebut mengakui banyak menerima dugaan menjelang hari pernikahan antaranya adalah terpaksa menukar lokasi pernikahan sebanyak beberapa kali. Walaubagaimanapun, dia tetap bersyukur majlis yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Majlis persandingan pula akan diteruskan pada Ahad ini di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

Sempat rahsiakan pertunangan

Merpati dua sejoli itu sebelumnya sempat bertunang selama 11 bulan sejak Disember tahun lepas. Pertunangan yang dirahsiakan itu bagaimanapun telah diketahui ramai setelah kedua-duanya memuat naik gambar tangan dengan cincin tersarung pada jari manis menerusi Instastory. 

Kredit: Facebook Berita Harian 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?