“Tulah, Sibuk Bagi Tips Cepat Hamil, Sampai Lupa Tips Tak Cepat Gugur…”

Selepas mengumumkan berbadan dua pada bulan lalu, ramai yang menyifatkan kandungan Fasha Sandha dalam perkahwinan keduanya ini sebagai ‘cepat’. Teruja dengan perkara tersebut, Fasha juga sempat berkongsi kapsyen panjang di Instagram tentang rahsia dia berjaya hamil dalam masa yang singkat dengan harapan orang ramai yang menginginkan zuriat dengan cepat dapat mengambil perkara itu sebagai tips dalam rumah tangga masing-masing. 

BACA: “Sebelum Cuti Raya, Doktor Dah Pesan..” – Akibat Terlalu Lasak, Fasha Keguguran!

Foto Fasha ketika kandungan terdahulu

Namun, rezeki Fasha dan Aidil untuk berjumpa zuriat pertama mereka tidak kesampaian apabila Fasha didapati keguguran gara-gara terlalu lasak bergerak semasa raya dan tidak banyak berehat seperti yang dinasihatkan doktor. 

Peminat nampaknya begitu menjaga perasaan Fasha dan Aidil dengan memberikan mereka kata-kata semangat dan ucapan takziah. Mereka berharap agar pas4ngan ini terus kuat dan tidak putus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat di masa akan datang.

Namun, salah satu komen di ruangan laporan berita oleh mStar Online di Instagram, seorang individu ini telah memberi sindiran pedas kepada Fasha Sandha yang baru sahaja keguguran anak. 

Tulah sibuk nak bagi orang tips cepat hamil…

Kredit foto mStar

…sampai lupa tips diri sendiri supaya tak cepat gugur”

Komen itu telah mendapat perhatian Fasha dan dia juga ada memberikan respon di ruangan balas terhadap individu itu. Menurut Fasha, tips yang pernah diberikannya adalah kerana pertanyaan ramai orang dan dia hanya menjawab untuk membantu. 

Berikut adalah posting yang pernah dibuatnya tentang tips hamil cepat tersebut.

Jawapannya adalah ‘Doa’. Percayalah pada keajaiban Doa

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami) Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha 😊 semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan. Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian. 😢 Saya ingin kongsi pada semua, Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle. Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat😅.Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat. Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri. Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis 😅I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. 😊 kenangan manis ❤️🤗Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita) 😃Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur ❤️🤲#aidilfasha #motherof3

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Sumber: IG fashasandha, mStar Online

Apa Komen Anda?