Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai pengorbanan seorang wanita yang memberikan izin kepada pasangannya untuk berkahwin lain. Malah, dia dilihat turut ikut serta dalam pembelian barang rombongan meminang bersama suami serta cahaya mata mereka. Ujar lelaki tersebut, dirinya faham akan perasaan si isteri dan berjanji akan berlaku adil kelak.
BACA:Â 21 Tahun Mak Enggan Kahwin Lain, Terdedah Rahsia Bila Anak Jumpa Surat Cinta
Pasal video semalam, saya minta maaf dan dah fikir masak-masak tak jadi kahwin
Sejak perkongsian itu tular, pelbagai reaksi yang telah ditunjukkan oleh netizen termasuklah berasa kasihan dengan nasib wanita berkenaan. Oleh sebab itu, individu yang dikenali sebagai Helmi akhirnya membatalkan niat untuk berpoligami. Menerusi hantaran terbaharu di laman TikTok, lelaki itu juga mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana menyedarkannya selain turut terkenang akan jasa isteri selama ini.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Ada satu komen netizen yang buat saya terkesan…lepas baca saya termenung jauh
Pada masa sama, Helmi juga sempat terkesan dengan satu ayat daripada netizen yang membuatkannya temenung jauh. Berdasarkan komen tersebut, lelaki itu dianggap seakan-akan tidak bersyukur kerana isterinya dahulu sentiasa ada di saat susah. Namun apabila sudah senang, tiba-tiba pula ingin kahwin lain. Sejak itu, dia akhirnya decide untuk membatalkan hasrat berkahwin lain selain berharap hubungan mereka kekal hingga akhir hayat.
@helmi_juhari Terima kasih sebab sedarkan aku. 🙂 #sayamintamaaf
Keputusan yang tepat bang…dah dapat yang baik jangan sesekali dipersiakan sebab dia lubuk rezeki kita
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terharu selain menganggap keputusan yang dibuatnya adalah tepat. Malah, mereka juga berharap agar lelaki berkenaan tidak mempersiakan segala pengorbanan isteri yang sentiasa ada di saat susah senang.
Kredit: TikTok helmi_juhari
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura