Lumrah bagi setiap manusia apabila sudah mula kepenatan, pasti akan terlelap juga. Lagi-lagi apabila seharian bekerja mencari rezeki, adakalanya sampai tak sedar sudah lena dalam tempoh yang lama. Biarpun ramai suka berehat di tempat yang selesa, namun berbeza pula dengan individu ini apabila memilih untuk tidur di bahu jalan raya.
BACA: Tertekan Anak Menangis, Suri Rumah Kepenatan Kurungkan Diri Dalam Bilik Tidur
Semoga Allah permudahkan segala urusanmu bang…ngantuk sangat dah ni
Menerusi perkongsian abangcrossborder di laman TikTok, dia yang merupakan seorang pemandu lori pada awalnya terlihat seorang penunggang motosikal disangka tersadai di bahu jalan. Ketika cuba menghampirinya, alangkah terkejut selepas mengetahui rider itu rupanya sedang tertidur. Malah, cubaan untuk mengejutkannya juga tidak berjaya selain menganggap jejaka tersebut mungkin terlalu penat selepas seharian bekerja.
@abangcrossborder semoga allah permudahkan segala urusanmu bang 😌 ngantok sgt dah caqa neh.. panggey dia xbangun..
Kawan kolej saya ni bang…dekat kolej dulu memang jenis tidur dekat mana pun
Bagaimanapun, salah seorang yang dipercayai rakan zaman kolej pemuda berkenaan telah tampil mendedahkan perkara sebenar. Jelasnya, lelaki itu memang dikenali sebagai seorang yang kuat tidur dan agak susah untuk disedarkan. Malah, tenaga pengajar mereka dahulu juga pernah datang ke hostel dan mengajar di sana gara-gara dirinya yang terlalu sukar untuk dibangunkan.
Betul-betul mengantuk tu…walaupun tempat dia park tu tak sesuai..maybe dah tak boleh ride dah tu
Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 300 ribu views. Netizen pada ruangan komen pula turut menzahirkan rasa simpati dengan keadaan pemuda berkenaan yang terlalu kepenatan. Malah, pujian turut diberikan kepada pemandu lori tersebut yang prihatin dan mengambil berat dengan masalah orang lain.
Kredit: abangcrossborder
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
