Inspirasi Viral

Tular Rumah Usang Tapi Dalam Macam Mahligai, Lelaki Dedah Rupanya Cecah RM11K

Tular Rumah Usang Tapi Dalam Macam Mahligai, Lelaki Dedah Rupanya Cecah RM11K

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok memaparkan sebuah rumah yang kelihatan usang serta seakan-akan sudah reput. Namun siapa sangka, bahagian dalamnya pula yang tidak ubah seperti sebuah bilik hotel bertaraf 5 bintang. Malah, hiasan bilik airnya yang kemas serta bertemakan warna gold turut mencuri perhatian ramai.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

@salahuddinmazelan

Kepala paip air sinki😬 #fyp #pondokusang

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Digelar ‘Pondok Jerenggen’…rupanya kos pembinaan rumah cecah RM11 ribu

Walaupun keadaan luarnya dilihat seakan-akan setinggan, namun siapa sangka kos pembinaan bahagian dalamnya mencecah RM11 ribu. Menerusi akhbar Harian Metro, pemilik yang dikenali sebagai Pok Din Lejeng akui pondok tersebut dibina sebagai tempat berehat selepas penat berniaga. Malah, ia turut digunakan oleh para pekerja serta pelanggan untuk ke tandas ketika bertandang ke kedai makannya.

Tular Rumah Usang Tapi Dalam Macam Mahligai, Lelaki Dedah Rupanya Cecah RM11K
Sumber: Facebook Embun Shine
Tular Rumah Usang Tapi Dalam Macam Mahligai, Lelaki Dedah Rupanya Cecah RM11K
Sumber: Facebook Idanorwani Awg

 

Ruangan dalaman lebih penting kerana ia dapat memberi keselesaan apabila berehat atau melakukan ibadah

Selain itu, lelaki berkenaan turut ditanya mengapa tidak mengubah suai pada bahagian luar pondok. Jelasnya, ruangan dalam adalah lebih penting kerana dapat memberikan keselesaan ketika berehat mahupun beribadah. Walaupun direka mengikut cita rasa sendiri, namun dia akui berasa terharu dengan keterujaan orang ramai mengenai rekaan tersebut.

Tular Rumah Usang Tapi Dalam Macam Mahligai, Lelaki Dedah Rupanya Cecah RM11K

Tular Rumah Usang Tapi Dalam Macam Mahligai, Lelaki Dedah Rupanya Cecah RM11K
Sumber: Harian Metro

 

Tetap jaga kebersihan tandas bagi keselesaan pelanggan

Tambahnya lagi, Pok Din juga akan kerap kali mencuci tandas di rumah serta kedainya bagi menjamin keselesaan pelanggan. Ia mula tercetus selepas mendapati banyak toilet di segelintir premis yang tidak menjaga kebersihan. Oleh sebab itu, dirinya akan sentiasa memastikan ruangan itu bersih bagi menjaga imej kedai makannya.

Tular Rumah Usang Tapi Dalam Macam Mahligai, Lelaki Dedah Rupanya Cecah RM11K

Tular Rumah Usang Tapi Dalam Macam Mahligai, Lelaki Dedah Rupanya Cecah RM11K
Sumber: Harian Metro

Kredit: Harian Metro, TikTok salahuddinmazelan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tular Rumah Usang Tapi Dalam Macam Mahligai, Lelaki Dedah Rupanya Cecah RM11K

Facebook

Telegram