Tular Video Cover ‘Cinta Luar Biasa’ Versi Irama Asli, DS Siti Nurhaliza Dipuji

Beberapa hari lalu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin telah berkongsi berita gembira apabila beliau telah diberi kesempatan untuk mengadakan konsert pertama di Festival Theatre, Adelaide, Australia pada 18 Oktober ini. Meskipun penyanyi nombor satu Malaysia ini pernah beraksi di pentas paling gah di dunia iaitu Royal Albert Hall, London, namun beliau tidak menyembunyikan debaran yang sama terhadap peluang keemasan ini juga. 

BACA: Teruja DS Siti Nyanyi Depan Mata, Lelaki Ini Gelabah Teruk Bila Dihulur Mic

Siti Nurhaliza nyanyi ‘Cinta Luar Biasa’…tak leh move on seminggu

Dalam pada itu, baru-baru ini Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memuat naik sebuah video ‘cover’ lagu popular daripada penyanyi Indonesia iaitu Andmesh Kamaleng yang menjadi siulan masa kini iaitu ‘Cinta Luar Biasa’. Biarpun paparan itu telah dikongsikan menerusi akaun YouTube rasminya, namun ternyata video tersebut telah menjadi viral dan memperoleh hampir 25 ribu retweets apabila dikongsikan semula oleh seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama @afqhzzi.

Meskipun lagu itu sudah terkenal kerana memiliki identiti dan aura tersendiri daripada penyanyi asalnya, namun ternyata Dato’ Siti telah membawa lagu itu dengan caranya yang tersendiri sambil mengalunkannya dalam nada irama Melayu asli. Rakaman video berkenaan telah mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya memberi komen pujian terhadap kemerduan suara penyanyi lagenda ini. Selain itu, mereka turut berseloroh dengan gelagat lucu yang ditampilkan ibu Siti Aafiyah ini dalam selingan di balik tabir video tersebut. 

Sumber: IG ctdk, YouTube Siti Official Videos, Twitter afqhzziAstro Awani

Apa Komen Anda?